Tuesday, July 15, 2008

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PM OLEH PEMBANGKANG DITOLAK

oleh : Hata Wahari (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul di bawah Perkara 18(1) dan (2) Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan Pandikar Amin Mulia menolak usul tidak percaya itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati walaupun telah dirayu berulang kali agar menimbangkan semula penolakan usul tersebut.

Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut.
................................................................................................................................
Mustika: Pembangkang jangan buang masa. Dakwaan Wan Azizah bahawa usul undi tidak percaya tersebut adalah untuk kepentingan rakyat adalah tidak berasas sama sekali. Dengan alasan yang tidak jelas, rapuh dan tidak munasabah, usul tersebut ditolak Speaker. Mustika berpendapat, Wan Azizah mengetengahkan usul itu supaya umum beralih dan melupakan kes liwat suaminya. Satu cubaan yang baik namun tak berkesan!

No comments: