Oleh Pemikir Negara
Dua parti berteraskan Melayu - UMNO dan PAS - perlu bergabung demi kepentingan bangsa Melayu di negara ini.
Pemimpin kedua-dua parti perlulah meletakkan kepentingan agama dan bangsa terlebih dulu daripada kepentingan politik masing-masing.
Pergabungan ini penting bagi memastikan nasib bangsa Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh pihak lain kerana dinaikkan semangat oleh pemimpin PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.
Oleh kerana pihak lain melihat ada pemimpin Melayu yang memperlekehkan segala agenda Melayu termasuk memperjuangkan nasib Melayu, maka mereka bertindak dengan membuat sesuka hati termasuk membuat forum kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Mereka mula mempersoalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.
Amat menyedihkan pemimpin Melayu dalam PKR ini dijadikan "puppet" atau boneka oleh pemimpin muda PKR yang terdiri daripada peguam-peguam yang lantang mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Oleh kerana ingin menunjukkan mereka bersama peguam-peguam muda ini, pemimpin Melayu PKR sanggup memperjudikan martabat bangsa Melayu dengan membiarkan mereka membelasah pemimpin Melayu sebelum ini seperti bekas Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara.
Inilah agenda mereka sebenarnya untuk memalukan bangsa Melayu dan menggambarkan mereka adalah perompak terbesar di negara ini yang menggunakan segala kuasa untuk mendapatkan apa yang diingini.
Pemimpin UMNO dan PAS perlu duduk semeja memikirkan apa yang terbaik untuk bangsa Melayu sekarang agar mereka tidak terus dihina dan diperlekehkan. Fikirlah dengan matang demi untuk maruah dan martabat bangsa Melayu.
Jika kedua-dua parti itu bergabung, negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh pembangkang boleh dikembalikan kepada Barisan Nasional dan menggelakkan kerajaan negeri dikawal oleh DAP yang ibarat seperti buaya yang membuka mulut yang besar. Habis tanah di Perak diagih-agihkan untuk kepentingan pihak tertentu. Peraturan pemilikan tanah juga diubah.
Buaya ini menerima arahan daripada Perak dan Pulau Pinang untuk bertindak mengikut sesuka hati mereka tanpa memperdulikan apa yang dijaga dan dipelihara demi kepentingan semua kaum dan bangsa di negara ini.
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment