Tuesday, July 15, 2008

ISU KEHAKIMAN TAJUK PERBAHASAN MP PASIR MAS

oleh : Are-peace dan Pemuda Malaysia

Sidang Parlimen yang bersambung sebelah petang membincangkan mengenai isu kehakiman di negara ini. MP Pasir Mas telah mengenengahkan isu seperti ex-gratia, majlis peguam, Jurubahasa di dalam mahkamah, kredibiliti kehakiman dan lain-lain.

MP Pasir Mas meminta agar gaji Majistret beserta kemudahan di sesebuah mahkamah daerah dinaikkan serta dipertingkatkan. Beliau merujuk kepada keuzuran sebuah mahkamah di tempat beliau yang kini berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Selain itu, MP Pasir Mas turut meminta kepada Dewan agar gaji Jurubahasa di mahkamah dipertimbangkan untuk dinaikkan. Ini adalah kerana pentingnya profesion sebagai Jurubahasa mahkamah. Sesuatu kes itu tidak akan dapat diselesaikan jika mahkamah di Malaysia kekurangan Jurubahasa yang bertauliah.

MP Pasir Mas mengibaratkan "Palace Of Justice" adalah sebuah bangunan yang indah namun ia tidak berguna jika dalamannya buruk dan penuh dengan kekotoran. Beliau merujuk kepada pembongkaran banyak kes salah guna kuasa yang melibatkan hakim-hakim di Malaysia.

Justeru itu, MP Pasir Mas meminta segala pendapat dan komen yang diberikan oleh beliau diambil kira demi memastikan sistem perundangan di Malaysia lebih telus pada masa akan datang dan dihormati oleh negara luar.

No comments: