Wednesday, July 16, 2008

PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

Oleh Pemerhati DBP

Mengapa Anwar Ibrahim tidak mahu menjawab "pembongkaran" yang dibuat oleh Menteri Penerangan pada Debat Agendadaily.com malam tadi? Jawapannnya ia akan mendatangkan malapetaka atau musibah kepada dirinya jika ia berbuat demikian.

Ini kerana apa yang disuarakan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek bukanlah serangan peribadi tetapi mahu penonton siaran langsung itu mengetahui apa yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini yang tidak layak beliau membuat sebarang cadangan untuk menurunkan minyak.

Anwar Ibrahim tidak perlu menurunkan minyak kerana beliau pasti tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana apa yang dilakukan selama ini sudah diketahui orang ramai. Cuma mereka yang masih taksub akan sentiasa tertariknya dengannya.

Dato' Ahmad Shabery mengingatkan Anwar bagaimana beliau menipu maklumat ketika berdemonstrasi di Baling pada 1970an yang jelas menyaksikan penentangannya kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein ketika itu.

Penipuannya yang mengatakan ada penduduk Baling mati kerana kelaparan adalah pembohongan paling besar dan kini beliau ingin membuatnya semula. Sebelum ini, Anwar pernah melawan orang yang menatangnya sebagai minyak yang penuh dalam bekas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pelbagai tuduhan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir termasuk kronisme dan nepotisme sedangkan beliau tahu serta sedar ramai kawan-kawan menjadi kaya dengan bantuan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Antara syarikat yang mendapa faedah daripada pertolongan beliau ialah Kumpulan Abrar yang turut diterajui oleh Saudara Wan dan Rahim Ghouse yang kini melarikan diri ke Indonesia dan beberapa negara di rantau ini.

Anwar juga mengelakkan dirinya dipersalahkan sekali lagi dengan menggunakan helah bahawa Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan kontrak IPP sedangkan semua orang tahu bahawa ia membabitkan "blackout" seluruh negara. Jangan tipu orang pada setiap masa kerana ada yang akan sedar dengan penipuan itu.

Beliau juga membantu rakan-rakannya menerusi Siakap Power dengan keuntungan berjuta-juta ringgit di samping mengkayakan bekas setiausaha akhbarnya, Nashruddin Jalil, dengan kontrak pembekalan kereta di Kementerian Pendidikan dulu. Kekayaan itu membolehkan Nashruddin membeli rumah di Australia dan berulang-alik ke Indonesia.

Anwar juga membantu mengkayakan Azmin Ali, yang kini begitu sombong dan megah memperjuangkan kehebatan Anwar di merata tempat termasuk di dalam Dewan Rakyat atau pentas politik. Hanya masa yang menentukan nasib mereka ini.

No comments: