Monday, July 14, 2008

KETERBUKAAN EKONOMI MALAYSIA

oleh : Perry

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz meminta rakyat Malaysia khususnya penduduk di Johor supaya tidak berasa bimbang terhadap pelaburan besar oleh negara Singapura. Kerajaan menggalakkan pelaburan dari negara luar lebih-lebih lagi daripada negara jiran tetangga malah Malaysia juga menggalakkan negara-negara besar dan maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah melabur di Malaysia.

Walaupun Amerika Syarikat dianggap sebagai negara yang pernah menyerang negara-negara Islam seperti Afghanistan dan Iraq, kita tidak harus mengehadkan pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia. Dalam konteks ekonomi, Malaysia menggalakkan pelaburan daripada negara-negara besar seperti Amerika Syarikat untuk mengukuhkan ekonomi tempatan negara kita supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran dan menjalani kehidupan yang selesa.

Dengan membuka peluang pelaburan kepada negara-negara luar melabur di sini, rakyat Malaysia mendapat peluang meningkatkan kecekapan malah "peluang pekerjaan" menjadi lebih banyak di negara ini.

Sehubungan ini, rakyat Malaysia harus berbangga dengan pendirian terbuka Malaysia mempelbagaikan sumber ekonomi supaya Malaysia dapat terus mengukuhkan kedudukan ekonomi dan bersaing di peringkat antarabangsa.

No comments: