Tuesday, July 8, 2008

NIAT MP GOMBAK UNTUK MELANJUTKAN PERBAHASAN HAL KEMENTERIAN KEWANGAN TIDAK DITERIMA DEWAN

oleh : Pemikir Negara

MP Gombak pada permulaan sesi dewan sebelah petang telah meminta Speaker untuk membolehkan Menteri Kewangan Kedua melanjutkan perbahasan mengenai kewangan. Dewan telah meneliti syor MP Gombak dan memutuskan bahawa penggulungan jawapan oleh Menteri Kewangan Kedua dianggap selesai.

MP Gombak mendesak Dewan untuk menimbangkan cadangan beliau atas alasan banyak lagi perkara yang perlu dibahaskan. MP Ipoh Timur mencelah dengan menyatakan bahawa penjelasan tertentu memerlukan jawapan dari Menteri. Apa yang beliau perhatikan hanya Timbalan Menteri sahaja yang mengambil bahagian dalam Dewan.

MP Pasir Salak telah meminta MP Ipoh Timur supaya `jangan marah-marah`. Akhirnya Dewan berpuashati dengan penjelasan dan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Speaker bahawa lanjutan penggulungan kewangan dianggap tamat.

Wira berpendapat bahawa tindakan Timbalan Speaker ialah tidak mahu membuang masa ahli Dewan kerana banyak lagi sesi perbahasan melibatkan kementerian-kementerian lain yang perlu diselesaikan. Beliau perlu memastikan bahawa Dewan berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah di buat.

No comments: