Monday, July 7, 2008

USAHAWAN IKAN HIASAN PERLU DIBANTU

MP Simpang Renggam meminta kerajaan melihat kemelut yang dihadapi oleh pengusaha ikan hiasan sekarang berikutan dengan kenaikan harga minyak.

Menurutnya kesan harga minyak menyebabkan pengusaha-pengusaha ikan hiasan ini mengalami pelbagai masalah terutama dalam membeli makanan ikan, pengangkutan dan langkah pengeksportan.

Beliau berkata pada satu masa dulu Malaysia menduduki tempat pertama dalam pengeksportan ikan hiasan tetapi kini jatuh ke nombor tiga selepas Indonesia dan Thailand.

Usaha segera perlu dilaksanakan bagi mengelakkan negara terus jatuh dan tidak mendapat faedah daripada industri itu. Beliau tidak mahu industri ikan hiasan ini seperti industri getah dan bijih timah yang terkemuka di negara ini tetapi kini sudah menjadi industri yang tidak penting atau zaman senja.

No comments: