Oleh Perry
MP Muar,Razali Ismail, mencadangkan Tabung Haji menerbitkan buku panduan mengenai Pengurusan Haji dalam semua bahasa, Bahasa Malaysia, English, Mandarin ,Tamil malah bahasa lain supaya dunia mengetahui mengenai Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersunguh-sungguh dalam menyuburkan syiar Islam.
Malaysia selaku ahli OIC dan pernah menerajui OIC harus menjadi contoh kepada
negara anggota OIC lain dalam hal ini. Lebih –lebih lagi Malaysia kini dilihat sebagai sebuah model bagi negara Islam dengan pengumuman pendekatan islam hadhari oleh Perdana Menteri Dato` Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi baru-baru ini.
Buku panduan ini bukan sahaja akan membantu rakyat Malaysia mengenali serta memahami dan menghayati usaha-usaha kerajaan dalam menyinarkan syiar Islam dalam negara malah mendorong rakyat luar negara mengunjungi Malaysia untuk melihat sendiri betapa seriusnya kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan sekaligus kehidupan seharian.
Saya berpendapat pandangan itu bernas dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancongnnegara ini. Pelancong boleh mendapatkan buku dalam pelbagai bahasa untuk difahami apa sebenarnya dilakukan oleh negara ini.
Ketika ini, pengalaman dan kepakaran negara tidak dibukukan dengan teratur yang menyebabkan kejayaan kita tidak diketahui. Kejayaan Tabung Haji perlulah dikongsi bersama demi kepentingan umat Islam seluruh dunia.
Wednesday, July 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment