Friday, July 11, 2008

JPA BERJAYA MENINGKATKAN JUMLAH DOKTOR-DOKTOR, SAINTIS-SAINTIS, PAKAR-PAKAR, PENTADBIR TEMPATAN SEJAK MERDEKA

OLEH : PEMIKIR NEGARA

Lagi sekali Dewan membahaskan berita Jabatan Perkhidmatan Awam menaikkan kuota bisiswa pelajar bukan Bumiputera daripada 10% kepada 45% Mei lepas. Ini bukan kali pertama ditimbulkan MP BN dalam dewan bahkan juga diluar oleh orang-orang awam, terutamanya dalam perjumpaan-perjumpaan dan juga akhbar-akhbar tempatan.Perkara ini sangat diminati kerana ibu-bapa kepada anak-anak berkelulusan cemerlang yang kian bertambah, berharap agar anak-anak mereka itu akan mendapat tempat di IPTA dengan sokongan berbentuk biasiswa yang disediakan.

Buat masa ini jumlah penduduk Malaysia telah bertambah kepada 23 juta dan ini bermakna segala-galanya yang lain pun bertambah juga termasuklah sekolah-sekolah, kolej-kolej dan universiti-universiti untuk menampung anak-anak Malaysia yang turut bertambah. JPA telah membuat penjelasan bahawa ia telah mengambil kira kepentingan pelajar bumiputera secara menyeluruh sebelum meningkatkan kuota biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera. Pihak JPA juga meminta pelajar-pelajar bumiputera tidak perlu risau kerana kepentingan mereka telah diambil kira oleh kerajaan secara menyeluruh. Penajaan pelajar bumiputera bukan sahaja dari JPA bahkan juga dari institusi-institusi lain. Kita perlu faham tentang perjalanan dan proses institusi-institusi kerajaan mengagihkan biasiswa-biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak.

Sejak JPA diwujudkan terutamanya bahagian latihannya,ia sangat diminati oleh ahli-ahli Parlimen dan juga media. JPA sangat prihatin dan telah menjalankan arahan-arahan kerajaan dengan jayanya dimana sekarang ramai pelajar-pelajar tajaannya dan institusi-institusi lain telah kembali bertugas di sektor kerajaan, separa kerajaan dan swasta. Ia juga telah banyak melahirkan pelajar-pelajar yang berkelulusan dalam bidang-bidang ikhtisas seperti kedoktoran, saintis, dan lain-lain lagi. Ada juga pelajar tajaannya, yang tidak pulang ke tanah air untuk berkhidmat.

Wira percaya bahawa JPA senantiasa prihatin dengan keperluan negara dan eloklah ahli-ahli dewan memberi syor-syor tertentu bagaimana biasiswa ini dapat ditambah dari semasa ke semasa supaya anak-anak Malaysia yang layak dapat menikmatinya ke arah pembinaan modal insan yang menepati keperluan-keperluan semasa.

No comments: