Oleh Pemikir Negara
Menonton sidang media Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam televisyen malam tadi mengingatkan saya tokoh UMNO terkemuka pada masa dulu, Tan Sri Syed Jaafar Albar, yang pernah menerajui Pemuda UMNO. Pemuda UMNO ketika itu digelar GINGER GROUP atau Kumpulan Halia yang sentiasa pedas dan memijarkan.
Kini, saya melihat darah kejantanan Syed Jaafar mula menampakkan kemerahannya dalam badan Datuk Seri Syed Hamid yang berani mengatakan apa yang sepatutnya dikatakan oleh seorang pemimpin UMNO kepada "pelakon terbaik negara".
Dalam sidang media itu, Datuk Seri Syed Hamid, berkata beliau amat seronok dengan lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang adakalanya sakit dan kemudian sihat semula membuat pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal.
Pemimpin Kota Tinggi ini menyifatkan DSAI suka berlakon untuk menagih simpati rakyat dengan gelagatnya seperti pemimpin Amerika Latin yang berdiri diatas kereta, menjerit-jerit dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada orang lain.
Anak Halia UMNO ini meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan lakonan DSAI yang sentiasa mencari idea baru untuk menagih simpati rakyat.
Wira berpendapat politik DSAI sebenarnya hampir bankrap tetapi berjaya ditonjolkan semula dengan kebodohan segelintir pengundi Malaysia yang memilihnya kerana terpukau dengan ucapan yang disampaikan.
DS Syed Hamid, pemimpin Johor yang kini menerajui Kementerian Dalam Negeri memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa memastikan rakyat negara ini berada dalam keadaan selamat.
Pada beliau, ketika selamat semuanya memuji polis tetapi apabila timbul perkara begini, segala tuduhan dilemparkan kepada PDRM. Mengapa rakyat sangsi kepada polis?
Bagaimanapun, beliau tidak hairan dengan pemesongan fikiran rakyat itu yang dibuat oleh pelakon terbaik negara yang sanggup merengek, bersedih, berucap sehingga terkeluar air liur, memainkan sentimen rakyat India dengan menyanyi lagu Tamil, bercakap dalam bahasa Mandarin untuk menarik hati orang Cina dan pelbagai lagi sikap yang amat memualkan bagi mereka yang mengenali beliau.
Wira merayu agar rakyat negara ini boleh menonton lakonan pelakon lelaki terbaik ini tetapi tidak mempercayainya kerana beliau akan terus berlakon sehinggalah lakonan itu sudah tidak laku ataupun diturunkan malapetaka kerana menjadi petualang bangsa ataupun melakukan sesuatu yang dilarang oleh tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment