Oleh Pemikir Negara
Apakah Brader Anwar Bin Ibrahim, Penasihat PKR sekarang pernah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri ISA? Ya, Anwar pernah di tahan di bawah akta itu dan saya penuh yakin bahawa tindakan penahanan ke atas Anwar Ibrahim mengikut peraturan yang ada dalam negara.
Bukan pihak bertanggungjawab bertindak mengikut perasaan atau ada unsur-unsur politik seperti mana yang didakwa oleh Anwar sendiri ketika itu bawa penahanan beliau disebabkan konspirasi politik takut dengan kehebatan beliau.
Namun yang sebenarnya penahanan ke atas Anwar Ibrahim di bawah ISA disebabkan tindak tanduknya sendiri iaitu meliwat Sukma Dermawan, Dr Anis Munawar dan Shamsidar dan tiga orang lagi yang saya lupa namanya untuk disebut kepada pembaca blog ini.
Perbuatan meliwat itu telah mencemarkan nama baik beliau dan lebih lagi negara di mata dunia. Tindakan beliau itu merupakan perkara yang amat dikutuk oleh Allah SWT bukti-buktri kearah itu telah dibukti oleh pihak pendakwa di mahkamah termasuk keputusan DNA jelas menunjukkan beliau melakukan perkara yang terkutuk itu.
Bukti-bukti yang saya maksudkan itu ialah tempat melakukan, masa, tarikh, kondominium, tilam, bantal, selimut dan bulu serta air maninya yang menunjukkan kepunyaan Anwar dan rakan mereka dikenalpasti di perolehi oleh pihak pendakwa.
Justeru beliau di tahan di bawah ISA 1998 tetapi sekali lagi Anwar tampil dengan penapiannya dengan pelbagai alasan kononnya beliau dianiayai dizalimi oleh pihak berkuasa ketika itu kononnya sengaja diada-adakan semata-mata untuk menjatuhkan beliau, politik beliau, masa depan beliau. Untuk menidakkan beliau dari mengambil alih dari teraju pemerintahan dalam negara. Justeru pihak berkuasa ketika itu bersepakat mengatur strategi memerangkap beliau dengan perbuatan terkutuk itu dengan alasan-alasan dan tipu muslihat yang dilaung-laungkan oleh beliau.
Justeru mendapat sambutan daripada pihak-pihak yang kelabu mata, buta hati, pekak telinga, tidak tahu menerima hakikat menilai bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa kononnya semuanya itu adalah rekaan semata-mata.
Keyakinan ini disebabkan pelakun utama Anwar Ibrahim berjaya memikat peminat-peminat dengan gaya dan sendiwaranya sentiasa ditarikan, dipersembahkan mengikut suasana dan keadaan yang memerlukan.
Tahukah anda satu ketika menjadi imam di masjid dengan memakai baju melayu, kain pelekat, bersongkok hitam, berselipar turun ke ground untuk berucap kepada peringkat bawahan. Balik ke bandar lain pula ceritanya, bila berada bersama Sukma di kondominium lain pula ceritanya. Itulah dia Anwar penasihat PKR.
Disebab itulah yang fanatik di belakang Anwar tanpa segan silu menyokong, mendengar, apa sahaja yang diperkatakan oleh Anwar.
Apabila Anwar mengarahkan keluar ke jalan-jalan raya memusnahkan kepentingan awam di jalan-jalan utama di kota raya terutamanya di dataran merdeka mereka sanggup merusuh sehingga peniaga-peniaga kecilan di sekitar Jalan Tuanku Abd. Rahman menutup kedai-kedai mereka setiap hari minggu hilang pendapatan mereka.
Tidakkah kita masih ingat sehingga masjid negarapun digunakan untuk menyuarakan kepada para jemaah yang hadir menunaikan Jumaat menyatakan saya dianiayai, saya dizalimi oleh pembesar negara. Ingatlah perkara yang dikutuk yang dilakukan oleh Anwar itu Allah tidak akan melindunginya walau apapun alasan untuk menidakkannya. Ingatlah kepada sejarah Islam yang berlaku ke atas kaum nabi Allah Lut s.a.w yang gemar melakukan perkara yang dilakukan oleh Anwar.
Akhirnya Allah membalas ke atas mereka dengan membalikkan bumi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur sehingga hari ini tetapi kita masih bernasib baik walaupun ada orang yang melakukan perkara yang terkutuk itu.
Allah tidak membalas lagi setakat ini kerana Nabi Muhamad SAW pernah memohon kepada pencipta bahawa umatnya tidak dikenakan balasan di atas muka bumi ini. Alhamdulilla....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment