Tuesday, July 1, 2008

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MP TENGGARA

oleh : Pemikir Negara

MP Tenggara (BN) dengan tegas menyatakan bahawa sebanyak mana peruntukan kewangan yang disediakan untuk membangunkan negara, sebaik mana perancangan yang dibuat kerajaan, seberapa banyak penguatkuasaan di lapangan tetapi segala-galanya tidak akan menjadi kenyataan selagi tembok-tembok birokrasi di semua kementerian tidak dipecahkan atau dirobohkan terus.

Selagi para pegawai di setiap kementerian dan jabatan tidak sedar dan tidak insaf, ikhlas atau jujur, kerajaan patut menunaikan segala janji yang telah dibuat kepada rakyat khususnya sesetengah projek yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam masa yang pendek seperti jalan Tangkak-Segamat perlu dilaksanakan dengan seberapa segera supaya rakyat atau pengundi dalam parlimen tersebut tidak kecewa. Ucapan MP Tenggara memang tegas serta berani dan berterus terang apabila beliau meminta PM betul-betul melaksanakannya terutama dalam suasana yang begitu muram dan gentir ini. Jika tidak kerajaan akan dihukum sekali lagi oleh rakyat seluruh negara dalam PRU yang ke 13 nanti.

No comments: