oleh : Perry
Menteri Kewangan Kedua memaklumkan bahawa pihak Petronas bercadang membuka lebih dua ratus pusat perkhidmatan NGV untuk kenderaan awam. Pada masa sekarang hanya 73 stesen Petronas menyediakan perkhidmatan tersebut di seluruh negara.
Rancangan untuk menambah bilangan stesen NGV tersebut diharap dapat membantu pemilik-pemilik kenderaan yang menghadapi tekanan masalah akibat kenaikan harga petrol dan diesel.
Kenaikan harga minyak mentah kepada USD 145 setong baru-baru ini di pasaran dunia telah menyebabkan kerajaan meluluskan kenaikan harga petrol dan diesel di pasaran, namun kerajaan tidak berdiam diri dan cuba membantu rakyat yang menanggung bebanan kesan kenaikan harga bahan api tersebut. Malah kerajaan sedang mencari serta mengkaji langkah-langkah alternatif dalam meringankan bebanan rakyat. Antaranya adalah menyediakan perkhidmatan NGV yang mencukupi bagi kegunaan kenderaan awam.
Rakyat berharap kerajaan prihatin dalam perkara ini dan menyediakan stesen-stesen tersebut dalam masa yang terdekat bagi mengatasi isu kenaikan harga bahan api.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment