Tuesday, July 8, 2008

PERDANA MENTERI AUSTRALIA TIDAK BERMINAT MENEMUI ANWAR

oleh : Pemikir Negara

Tindakan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang terang-terang memberitahu dunia beliau tidak akan menemui Anwar Ibrahim atau YB Datin Seri Dr. Wan Azizah, isteri beliau merangkap ketua pembangkang dalam Parlimen sangat menarik pemerhati politik tempatan dan juga media antarabangsa.

Bekas Perdana Menteri Australia, John Howard dulu sangat bersemangat hendak menemui Anwar Ibrahim bertujuan kononnya prihatin terhadap apa yang di alami oleh Anwar Ibrahim.

Wira mengalu-alukan sikap Kevin Rudd yang faham makna hubungan dua hala antara negara. Kevin Rudd, bekas diplomat yang pernah berkhidmat di Republik Rakyat China dan juga pandai berbahasa Cina didapati sensitif kepada pemikiran dan isu-isu semasa yang di hadapi oleh Malaysia yang menghadapi cabaran-cabaran ekonomi akibat daripada krisis kenaikan harga minyak di peringkat global.

Pendekatan Australia ini adalah pragmatik dan bertujuan untuk berbaik-baik dengan negara-negara Asean termasuk Malaysia yang mempunyai ekonomi yang `vibrant` dan potensi pasaran yang besar supaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi berteraskan situasi menang-menang.

Adalah diharapkan bahawa sikap Perdana Menteri Kevin Rudd tidak mahu campurtangan dalam urusan rumahtangga Malaysia dijadikan iktibar oleh negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat, Singapura dan individu-individu antarabangsa yang ada hubungan dengan Anwar Ibrahim.

1 comment:

Anonymous said...

Dia tak kan nak jumpa anwar terang2 bodoh. Dia member baik anwar. Lu mimpi di siang hari la beb!