Tuesday, July 8, 2008

KEADILAN KEPADA PEMINJAM DIJAMIN

oleh : Perry

Isu pinjam-meminjam daripada Ah Long menjadi tajuk perbahasan di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah pada masa lalu akan diselesaikan tidak lama lagi. Menurut Menteri Kewangan Kedua dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini, kerajaan sedang menggubal undang-undang baru untuk mengawal selia data pinjaman bagi menjamin perlindungan maklumat para peminjam.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah mengarahkan semua bank jangan hanya bergantung kepada maklumat yang disediakan oleh `CTOS` dalam urusan pemprosesan pinjaman supaya peminjam dapat pertimbangan yang sewajarnya dan dapat mengelakkan ketidakadilan dalam meluluskan sesuatu pinjaman yang dipohon oleh para peminjam.

Berita ini sungguh menggembirakan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah yang banyak mengharapkan perkhidmatan pinjaman daripada agensi-agensi yang memberi pinjaman tanpa banyak prosedur-prosedur yang merumitkan peminjam. Harapan rakyat adalah agar kerajaan prihatin terhadap masalah-masalah ini khususnya dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan dalam kawal selia agensi-agensi yang memberi pinjaman kepada kumpulan yang berpendapatan rendah malah mengawal selia CTOS dalam mengelakkan sebarang kesulitan dalam mendapat kelulusan pinjaman daripada bank-bank yang terlibat.

No comments: