Isu Mp Puchong di minta keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak mengikuti arahan prosedur Parlimen ,masih menjadi bahan perbincangan di dalam dan di luar Dewan. Akhbar New Straits Time pada 5 Julai mengwar-warkan bahawa MP Puchong telah memecahkan rekod baru kerana diminta keluar dari persidangan Dewan Rakyat.
OLEH : PEMIKIR NEGARA
Kekecohan yang ditimbulkan oleh MP Puchong di ikuti dengan semua pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat kecuali MP Pasir Mas sahaja yang tidak bertindak keluar dari Dewan. Kegiatan ini juga satu rekod baru kerana ini berlaku pada awal persidangan Parlimen yang terdiri dari ramai ahli pembangkang baru yang dipilih masuk Parlimen.
MP Puchong sepatutnya lebih berhati-hati sebagai Ahli Parlimen ,tindakan beliau tidak mempunyai unsur positif tetapi mengajar rakyat supaya bersikap rakus dan tidak berdisiplin.
Wira bersetuju dengan akhbar-akhbar tempatan dalam laporan-laporan bahawa sikap MP Puchong pada pagi itu agak menyedihkan. Memang patutlah Parlimen bertindak tegas terhadap orang baru dapat tempat dalam Parlimen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment