Monday, July 7, 2008

PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT DILANJUT 2 HARI LAGI

Utusan Malaysia Online, 07/07/2008 12:16pm

KUALA LUMPUR 7 Julai — Mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen Ke-12 yang sepatutnya tamat pada 15 Julai ini dilanjutkan dua hari lagi kerana masih ada urusan yang belum diselesaikan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memaklumkan kepada Parlimen supaya persidangan itu ditambah dua hari lagi.

“Ini perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerja diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal pertama itu adalah dari 23 Jun hingga 15 Julai.

-BERNAMA-

No comments: