Showing posts with label AKHBARCYBER. Show all posts
Showing posts with label AKHBARCYBER. Show all posts

Tuesday, July 15, 2008

SULTAN PAHANG SERU RAKYAT TOLAK MAKLUMAT PALSU PENULIS BLOG

Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini mahu rakyat menolak maklumat yang disebarkan oleh penulis blog yang kebanyakannya melaporkan berita tidak benar. Baginda bertitah, tindakan mereka yang menyebarkan berita dalam laman internet itu boleh menimbulkan keadaan tidak selesa serta menggugat keselamatan negara.

@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@

Mustika: titah sultan jangan di sangkal. Kita dikurniakan akal fikiran yang waras dan sempurna, jadi janganlah terlalu taksub menerima sehingga kebenaran dinafikan dan penjelasan disalah ertikan.

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PM OLEH PEMBANGKANG DITOLAK

oleh : Hata Wahari (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul di bawah Perkara 18(1) dan (2) Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan Pandikar Amin Mulia menolak usul tidak percaya itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati walaupun telah dirayu berulang kali agar menimbangkan semula penolakan usul tersebut.

Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.

Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut.
................................................................................................................................
Mustika: Pembangkang jangan buang masa. Dakwaan Wan Azizah bahawa usul undi tidak percaya tersebut adalah untuk kepentingan rakyat adalah tidak berasas sama sekali. Dengan alasan yang tidak jelas, rapuh dan tidak munasabah, usul tersebut ditolak Speaker. Mustika berpendapat, Wan Azizah mengetengahkan usul itu supaya umum beralih dan melupakan kes liwat suaminya. Satu cubaan yang baik namun tak berkesan!

Friday, July 11, 2008

ENGGAN LAYAN CABARAN SUMPAH

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu melayan permintaan Putera UMNO supaya beliau bersumpah menjunjung al-Quran bagi menafikan tuduhan liwat tetapi mengulangi pendirian akan menyerahkan perkara itu kepada para ulama untuk menentukannya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, cadangan Putera UMNO supaya beliau menjunjung al-Quran bukan satu tradisi Islam.

"Pandangan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin berhubung perkara ini pula hanya pandangan umum dan tidak spesifik kepada kes saya, itulah yang beliau sendiri jelaskan kepada saya," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau sanggup menggunakan kaedah mubahalah atau bersumpah bagi membela dirinya yang kini menghadapi dakwaan liwat.
Beliau mendakwa ulama-ulama telah menasihatinya dan memberi amaran supaya beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tindakan bersumpah yang boleh mempengaruhi sebahagian besar umat Islam di negara ini.

"Kata mereka, Anwar jika kamu lakukan ini, bererti kamu telah melanggar hukum Syariah," katanya.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan kesediaan berbuat demikian sekiranya ulama atau Mahkamah Syariah meminta beliau bersumpah.

MendakwaPada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur mendakwa dia diliwat oleh Anwar beberapa kali, termasuk kali terakhir dua hari sebelum itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini.

Ditanya mengenai cabaran Mohd. Saiful baru-baru ini supaya beliau melafazkan sumpah di hadapan ulama, Anwar memberitahu, tiada sebarang peruntukan undang-undang Islam yang membenarkan sesiapa bersumpah.

Tanggungjawab bersumpah itu, kata beliau, sepatutnya terletak pada bahu penuduh itu sendiri.
"Adakah ini bermakna kalau orang yang dituduh membunuh perlu bersumpah dan akan bebas daripada tuduhan berkenaan... semua kena ada bukti," ujarnya.

Melur : Jika Anwar benar-benar tidak bersalah, kenapa perlu takut untuk bermubahalah. tetapi Anwar harus ingat, bermubahalah bukanlah sesuatu yang main-main kerana Laknat Allah akan menimpa kepada orang-orang yang bersalah dan berbohong. Hari ini laporan akhbar pula menyebut yang Anwar membuat laporan Qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Bagaimana untuk menuduh orang lain berbohong sedangkan dakwaan liwat terhadapnya masih belum disiasat?. Anwar mahukan bukti yang jelas dan nyata bila tuduhan tersebut membabitkan dirinya tetapi jika dia sendiri yang melakukan pelbagai tuduhan terhadap orang lain, kenapa beliau tidak mengemukakan bukti yang jelas dan nyata. Jangan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Islam adalah agama yang adil. setiap perbuatan hamba-Nya akan diberi balasan juga. Allah telah menjanjikan setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh HambaNya walau sebesar zarah pun akan mendapat dibalas. tunggulah pembalasan dariNya. CUMA PERSOALANNYA SEKARANG, JIKA BENAR-BENAR TIDAK BERSALAH KENAPA PERLU TAKUT DAN BERDOLAK-DALIH??????

BERTENTANG MATA: EMPAT SAKSI HANYA UNTUK DAKWAAN ZINA

TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mahkamah Syariah mengendalikan dakwaan berhubung kes liwatnya membuka dimensi baru isu itu. Wajarkah mahkamah itu mendengarnya dan bolehkah bukti saintifik dikemukakan? Ikuti wawancara wartawan Berita Harian, Nahar Tajri, bersama Ketua Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya, Dr Siti Zubaidah Ismail.

Adakah wajar ia dibicarakan di Mahkamah Syariah?
Saya tidak mahu mengatakan sama ia wajar atau tidak, tetapi dalam undang-undang syariah ada peruntukan jelas mengenai perkara ini. Mengikut Seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 menyatakan mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.

Apakah syarat empat orang saksi diperlukan mengikut undang-undang Islam yang digambarkan sebelum ini dan apakah prosedurnya.
Persoalan empat saksi tidak timbul memandangkan kes ini bukan zina. Ia tuduhan meliwat. Pendakwa boleh mengemukakan seberapa ramai saksi yang tahu atau mempunyai maklumat mengenai kes ini dan ia akan dibicarakan mengikut prosedur Mahkamah Syariah. Pendakwa boleh mengemukakan bukti dan ia akan dinilai sama ada kes itu wujud atau tidak. Prosesnya sama, jika ada kes ia akan dibicarakan dan jika tiada, kes bermakna tiada pendakwaan. Saksi boleh terdiri daripada penguat kuasa, orang yang menangkap atau menyaksikan dan pengadu. Begitu juga dengan dakwaan fitnah, di Mahkamah Syariah, hakim menganggap fitnah adalah bohong sehingga dibuktikan.

Bolehkan bukti saintifik dikemukakan sebagai bahan bukti? Apakah syaratnya.
Bukti saintifik boleh dikemukakan di Mahkamah Syariah. Ia diterima asalkan memenuhi syarat. Ia berfungsi sebagai bukti sokongan dan bukan bukti utama. Bukti saintifik seperti DNA boleh dikemukakan dan ia perlu dikendalikan pakar. Tidak ditetapkan sama ada pakar itu Islam atau tidak.

BERITA HARIAN 10 JULAI 2008

PANGKOR II: DAP JADI PENASIHAT MENTERI BESAR MELAYU?

Saya amat terkejut membaca kenyataan Fadhil Jamaluddin, abang kepada Menteri Besar Perak bahawa wujud Perjanjian Pangkor 11 di antara Menteri Besar Perak dan DAP sebelum beliau menjadi Menteri Besar yang menidakkan beliau daripada bercakap hal-hal berkaitan Islam seperti Hudud, Qisas dan lain-lain.

Orang Melayu di Perak, khususnya UMNO, mestilah melihat perkara ini dengan serius apakah perjanjian ini benar-benar wujud.

Kalau wujud, malang benarlah bangsa Melayu. Belum habis sumpahan Perjanjian Pangkor I, Perjanjian Pangkor II pula timbul. Perjanjian Pangkor pertama telah meletakkan penjajah Barat menjadi penasihat Raja-Raja Melayu manakala Perjanjian Pangkor 11 meletakkan DAP sebagai penasihat Menteri Besar Melayu.

Lebih malang lagi ketika Perjanjian Pangkor I, hal ehwal Islam diserahkan kepada Raja-Raja Melayu tetapi dalam Perjanjian Pangkor II, hal ehwal Islam tidak boleh disebut. Apa sudah jadi kepada Parti Islam SeMalaysia (Pas) hingga demikian teruknya? Apakah kerana jawatan maka segala prinsip boleh diketepikan.

Orang Melayu hendaklah melihat ini sebagai ujian kepada mereka betapa rapuhnya perpaduan Melayu kerana walaupun bilangan ramai tetapi tidak menggambarkan kekuatan sebenar. Keghairahan Pas untuk menubuhkan negara Islam kini tinggal kenangan.

Di manakah jihad dan laungan Allahuakbar yang selama ini menjana kekuatan mereka? Pas kian lesu dan melembutkan perjuangan mereka dengan perkataan 'negara kebajikan'.
Hilanglah 'hudud' dan hilanglah 'Perjanjian Madinah' yang diwar-warkan. Yang tinggal hanya soal tanah 99 tahun atau 999 tahun (kepada kampung-kampung baru yang rata-rata didiami oleh masyarakat Cina). UMNO kena bangkit membetulkan keadaan ini kerana Pas bukan parti yang boleh diharapkan untuk mengukuhkan agama Islam.

Jika suatu hari nanti terdapat penghakisan kepada orang Melayu maka Paslah yang perlu bertanggungjawab. Pas jangan sibuk menghantar memorandum ke Istana Negara untuk selesaikan kecelaruan politik negara tetapi dalam waktu yang sama politik mereka juga bercelaru. Kalau pun berpakat dalam Pakatan Rakyat, jangan sampai berpakat untuk menghancurkan bangsa Melayu. Ingatlah, Melayu adalah bangsa teras yang mengimbangi perpaduan kaum-kaum lain di negara ini.

Semua pihak perlu melihat sama ada wujud Perjanjian Pangkor II seperti dakwaan abang Menteri Besar Perak. Jika benar wujud, isi kandungannya hendaklah diteliti. Jangan biarkan nasi menjadi bubur, jangan biarkan cacing naik ke mata. Bertahanlah selagi ada upaya. Jangan berlaku lagi peristiwa JWW Birch kerana buruk padahnya!

DR. GUNAWAN MAHMOOD
Kuala Lumpur

KESAL AKSI LONDEH SELUAR

APABILA menyaksikan rakaman persembahan dan membaca berita Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat, saya terkejut melihat aksi tidak senonoh dan tidak beradab yang tidak sesuai ditontoni oleh kaum wanita, kanak-kanak dan tok-tok Lebai.

Aksi londeh seluar, tunjuk pusat dan tunjuk punggung yang dipamerkan, sudah tentu mencemar matlamat perhimpunan hendak menurunkan harga barang keperluan.

Mereka memprotes persembahan Ella dan Mas Idayu sempena satu perlawanan bola sepak yang dikatakan agak lucah tetapi sebaliknya lebih lucah lagi mempamerkan punggung lelaki.
Apabila diamati senikata dan laungan artis tertentu jemputan Pakatan Rakyat, mereka mewakili kumpulan yang hilang arah.

Mengapakah orang-orang Pas dalam Pakatan Rakyat membenarkan persembahan liar itu sebaliknya membantah konsert Ella dan Mas Idayu?

Inilah yang selalu disebut ' kecelaruan berfikir' atau 'fikiran bercelaru.' Pakatan Rakyat seharusnya peka dengan nilai budaya dan agama. Untuk jadi pemimpin kita bukan berkendakkan undi dan sokongan sahaja tetapi meletakkan nilai-nilai yang baik di tempatnya dan menyingkirkan nilai-nilai buruk walaupun nilai-nilai buruk itu dianuti oleh penyokong-penyokong kita.

Perhimpunan itu tiada nilai apa-apa, hanya majlis menghentam kerajaan dan kepimpinan negara. Warga kota janganlah terikut-ikut dengan perhimpunan-perhimpunan seperti itu yang diadakan dari siang sampai malam.

Lebih baik masa yang ada digunakan untuk rekreasi dan riadah bersama keluarga. Adalah lebih baik masa yang terluang digunakan untuk meningkatkan ekonomi atau mengeratkan silaturahim antara anggota masyarakat. Jauhkanlah pertunjukkan 'londeh' seluar dan 'tunjuk punggung' yang menjijikkan itu.

Kenaikan harga barang harus ditangani dengan usaha berjimat cermat dan meningkatkan pendapatan kita, bukan terjerit-jerit sepanjang hari menyaksikan pertunjukkan yang memualkan. Pakatan Rakyat bukan pembangkang di beberapa negeri termasuk Selangor, ia sudah menjadi kerajaan.

Ia tidak perlu lagi terjerit-jerit di perhimpunan seperti itu. Tanggungjawab Pakatan ialah memakmurkan rakyat sesuai dengan janji-janji pilihan raya yang mereka taburkan.
Janganlah asyik bersyarah sahaja, jalankanlah tanggungjawab yang diamanahkan.

DR. GUNAWAN MAHMOOD
Kuala Lumpur

Tuesday, July 8, 2008

DAP, ANWAR -BERI WANG BONUS UNDI PEMBANGKANG-

dipetik daripada blog Aspirasi Bangsa

Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my


KUCHING: Pengundi, Kho Whai Piaw memberitahu Mahkamah Sesyen II di sini, semalam bahawa tangan kanannya terkehel ketika beliau dalam perjalanan untuk mengemaskini buku akaun simpanan di Bank CIMB, di bandar raya ini, petang Jumaat lalu.

Akibatnya tangan kanan beliau terpaksa beranduh, namun tidak menghalang beliau untuk menghadiri perbicaraan yang disambung hari ini.

"Saya tergelincir dan jatuh menyebabkan tangan kanan saya terkehel," katanya memberitahu hakim Datuk Clement Skinner, sejurus perbicaraan disambung pada jam 9.10 pagi semalam.

Jumaat lalu, beliau diminta Wong Ho Leng, peguam responden Chong Chieng Jen, untuk mengemaskinikan buku akaunnya bagi mengetahui baki wang dalam buku akaun milik beliau, selepas beberapa kali membuat pengeluaran.

Ketika ditanya mengapa beliau kerap membuat pengeluaran selepas menyimpan wang itu, beliau berkata; "Saya mengeluarkan wang itu bukan untuk dibelanja semuanya, tetapi untuk disimpan di dalam beg duit saya dan di rumah."

Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau tertarik dengan manifesto DAP pada pilihan raya 2008 yang menawarkan RM6,000 kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan kurang dan RM6,000.

Wong: Adakah awak tahu dari mana wang bonus itu diperolehi?

Kho: Menurut Manifesto DAP, ia datang dari DAP.

Wong: Bukan dari Chong (Chieng Jen)?

Kho: Tidak, dari DAP dan mungkin juga dari (Datuk Seri) Anwar.

Wong: Maksud awak Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Kho: Ya.

Pada 29 Mei lalu, plaintif mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Sesyen sama bagi membatalkan kemenangan Chong yang juga Setiausaha DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan atas dakwaan dia menggunakan manifesto, risalah, poster dan bahan kempen tidak mengikut peraturan SPR.

Kho diwakili peguam Datuk Mohd Shafie Abdullah.

-----------------------------------------------------------

Kata Rakyat : DAP pun main politik wang.. sebagaimana kata pepatah paku dulang aku serpih kata orang dia yang lebih..

Monday, July 7, 2008

PERHIMPUNAN 'SEJUTA RAKYAT' TAK BERI SEBARANG MANFAAT

PUTRAJAYA: Insiden mengaibkan pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat semalam jelas membuktikan usaha pembangkang itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Sebab itu kita tidak suka perhimpunan seumpama itu berlaku kerana ia membawa budaya liar.

"Apakah parti pembangkang nak galakkan budaya buka seluar dan tunjukkan punggung ini, apa manfaat yang boleh kita dapat.

“Apa pun yang kita nak buat, tertakluk kepada undang, bukan boleh buat apa sahaja yang kita suka. Dan bila polis bertindak, mereka akan kata polis tidak adil dan berat sebelah pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden apabila seorang penyanyi jemputan yang dikenali Alak dari Kumpulan Carburetor Dung bertindak liar melondehkan seluar ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Menurut laporan, penyanyi itu kemudiannya dibelasah oleh beberapa penonton.

Syed Hamid berkata sama ada penyanyi itu akan dikenakan tindakan atau tidak, terpulang kepada polis.

Mengenai latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 Julai lalu, beliau berkata latihan itu bukan bermakna negara berada dalam keadaan tidak aman atau darurat akan berlaku.

“Latihan itu hanya sebagai meningkatkan tahap kesediaan, bukan ada sebab lain yang terselindung,” katanya.

-Bernama-

PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT DILANJUT 2 HARI LAGI

Utusan Malaysia Online, 07/07/2008 12:16pm

KUALA LUMPUR 7 Julai — Mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen Ke-12 yang sepatutnya tamat pada 15 Julai ini dilanjutkan dua hari lagi kerana masih ada urusan yang belum diselesaikan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memaklumkan kepada Parlimen supaya persidangan itu ditambah dua hari lagi.

“Ini perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerja diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat,” katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal pertama itu adalah dari 23 Jun hingga 15 Julai.

-BERNAMA-

Thursday, July 3, 2008

EMPAT AHLI PARLIMEN BN NAFI LOMPAT PARTI

Utsan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 2 Julai - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan laporan sebuah laman blog yang mengaitkan mereka akan menyertai pembangkang sebagai tidak masuk akal.Malah kedua-duanya juga menegaskan kesetiaan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah.Ismail Sabri berkata, adalah merupakan satu kerja gila sekiranya beliau memutuskan untuk menyertai pembangkang.''Dari segi logik kalau awak fikir, saya Menteri Kabinet sekarang, apa hal saya nak lompat masuk parti yang tak tahu hala tuju itu.''Tak mungkin, gila. Kita dok elok-elok tiba-tiba nak melompat ke arah yang tak tahu ke mana. Tak ada sebab langsung dan laporan ini saya anggap saja nak menyedapkan cerita.''Saya percaya, ada orang lain lagi akan dikaitkan pula lepas ini, jadi pemberita tunggulah banyak kerja lagi," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah laman blog yang mendakwanya dan Saifuddin antara wakil daripada BN yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, ditanya apakah beliau pernah mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin PKR, Ismail Sabri berkata, dakwaan tersebut tidak ada asas sama sekali.''Saya tak berkawan pun dengan dia orang ini, dalam Dewan pun tidak, di luar Dewan pun tidak. Saya tak kenal pun Anwar dan Anwar pun tak kenal saya.''Jadi usahkan saya nak adakan pertemuan, nak berkawan pun tidak. Jadi ini (laporan blog) kerja gila dan tidak masuk akal, itu perkataan paling senang," tegasnya.Sementara itu, Saifuddin menegaskan, beliau tidak pernah terfikir sama sekali untuk meninggalkan UMNO di mana beliau menjadi ahli seumur hidup.Katanya, pertemuan yang didakwa itu juga tidak ada asas kerana telah lebih 10 tahun beliau tidak bertemu dengan Anwar di samping sudah lama tidak ke luar negara seperti yang dikatakan pertemuan tersebut berlaku.''Saya tidak akan menghampakan pengundi saya di Parlimen Temerloh yang memilih saya atas tiket BN dan begitu juga kepercayaan yang telah diberi Perdana Menteri.''Memang laporan ini mengejutkan saya hingga saya ditanya bertubi-tubi pagi ini. Namun saya anggap laporan blog itu hanya satu spekulasi politik yang sama sekali tidak ada asas,'' jelasnya.

Dalam pada itu, dua Ahli BN dari Sarawak, Datuk Richard Riot Jaem (Serian) dan Datuk Dr. Tiki Lafe (Mas Gading) yang juga disebut-sebut akan melompat parti menafikan mereka akan menyertai pakatan pembangkang.Kedua-duanya mengakui mereka masih anggota BN dan tidak akan sama sekali meninggalkan parti itu hanya untuk menyertai pakatan pembangkang.''Kami akan selalu menjadi orang BN," kata Tiki ketika dihubungi semalam.Beliau berkata, pihak media seolah-olah menggambarkan beliau dan Richard akan menyertai pakatan pembangkang sedangkan ia tidak benar.Sementara itu, Riot memberitahu, Anwar tidak pernah menghubunginya.''Saya tidak pernah dihubungi Anwar dan saya juga tidak menghubungi beliau. Saya juga tiada nombor telefon beliau dan tidak pernah bertemu secara peribadi dengannya.''Saya tidak tahu di mana khabar angin ini bermula," jelasnya.Tiki adalah Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet sebelum ini manakala Riot pula adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
______________________________________

MUSTIKA: Anwar sudah terbukti suka berbohong. Penipu besar!!!

SAIFUL MUNCUL - BERI KETERANGAN DI IPD BRICKFIELDS BERHUBUNG DAKWAAN DILIWAT ANWAR

Oleh : HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR 2 Julai – Selepas lima hari membuat laporan polis, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Mohd. Saiful yang tinggi lampai dilihat memasuki IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.

Difahamkan, dia telah pun berada di situ lebih awal sejak pukul 1 petang. Sehingga pukul 12 malam ini, dia masih lagi memberi keterangan.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang mewawancara bapa saudara Mohd. Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle MK selama lima jam diberitahu, laporan polis mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar yang dibuat oleh anak saudaranya pada 28 Jun lalu bukan satu konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya politik sesiapa.

Beliau memberitahu, laporan itu dibuat oleh Mohd. Saiful secara sukarela dan tanpa paksaan.
“Ia tidak didalangi oleh sesiapa mahupun pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik,” kata Uncle MK.

Beliau sendiri bertanya kepada Mohd. Saiful berhubung kandungan laporan yang dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur itu bagi mendapatkan kepastian. “Saya diberitahu oleh Saiful tentang insiden itu dan dia memaklumkan tiada sesiapa atau mana-mana pihak yang menyuruhnya melaporkan kejadian itu kepada polis,’’ katanya yang berasal dari Johor.

Dalam temu bual panjang lebar itu, Uncle MK, 41, menjelaskan, beliau ialah salah seorang bapa saudara daripada sebelah arwah ibu Mohd. Saiful yang mempunyai 15 orang adik-beradik.
Menurut beliau, Mohd. Saiful yang dikenalinya sejak kecil mempunyai perwatakan jujur dan bertanggungjawab. Tegasnya: “Saya mempercayai anak saudara saya itu.”

Mohd. Saiful yang merupakan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara di sini.

Pada 28 Jun, Mohd. Saiful juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Laporan pemeriksaan kesihatannya telah siap dan sudah pun dihantar kepada pihak polis untuk prosedur seterusnya.

Uncle MK enggan mendedahkan lokasi Mohd. Saiful berada sekarang, tetapi hari ini anak saudaranya itu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini.

Dalam temu bual itu, terdapat banyak kisah diceritakan oleh bapa saudara Mohd. Saiful mengenai kehidupan pemuda itu yang sejak awal tahun ini bekerja sebagai pembantu Anwar di ibu pejabat PKR.

Utusan Malaysia memilih untuk tidak melaporkan sebahagian besar daripada cerita Uncle MK.
Mohd. Saiful ialah anak sulung daripada dua beradik yang dibesarkan oleh ibunya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai. Adik perempuannya berusia belasan tahun. “Ibunya meninggal dunia empat tahun lalu akibat penyakit barah payu dara,’’ ujarnya yang merupakan adik arwah ibu Mohd. Saiful.

Beliau berkata, sebagai adik lelaki kepada arwah ibu Mohd. Saiful, beliau diamanahkan untuk menjaga pemuda itu dan adik perempuannya dengan baik.

Seluruh ahli keluarganya, kata Uncle MK, mempercayai pengakuan Mohd. Saiful dibuat secara sukarela dan bukan sengaja direka. “Bapa dan ibu saudara Saiful yang kini tinggal 13 beradik yang masih hidup menyokongnya. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kami akan tetap bersama Saiful,’’ kata beliau yang bekerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta.
Menurutnya, Mohd. Saiful memaklumkan kepadanya bahawa dia mula bekerja dengan PKR sebagai sukarelawan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada mula anak saudaranya itu menjalankan tugas sukarelawan tetapi keadaan berubah setelah dia dilantik sebagai pembantu Anwar. Uncle MK menafikan dakwaan yang disebarkan oleh penyokong PKR bahawa tindakan Mohd. Saiful membuat laporan polis itu didorong habuan wang ringgit pihak tertentu. “Tuduhan itu tidak benar... pada usia 23 tahun saya tidak fikir Saiful terlibat dalam konspirasi politik,” ujarnya.

Utusan Malaysia Online
----------------------------------------------------------

Mustika: harap penyokong PKR menilai semula apa yang kenyataan Anwar Ibrahim, jangan terlalu taksub dengan Anwar. Lagipun Anwar bukannya orang yang boleh menentukan anda penyokongnya masuk syurga. Ketua pun tak betul takkan penyokong pun nak ikut sama? Berfikirlah wahai penyokong PKR dan penyokong Anwar.

Tuesday, July 1, 2008

EZAM BUAT LAPORAN BPR BERHUBUNG DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEJABAT MB SELANGOR

01/07/2008 2:50pm

SHAH ALAM 1 Julai — Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Laporan berkenaan dibuat di pejabat BPR Selangor di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi dan Mohamad Ezam turut menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa itu kepada Pengarah BPR Selangor Ja’afar Mahad.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Mohamad Ezam berkata kehadiran beliau di pejabat BPR Selangor adalah untuk menunaikan janji menyerahkan dokumen berkaitan penyalahgunaan kuasa itu serta menyangkal tuduhan yang menyatakan bahawa beliau berbohong semasa mendedahkan mengenai perkara itu sebelum ini.

“Saya lihat tuduhan bohong itu sebagai tuduhan yang serius dan mencabar kredibiliti saya, jadi sebab itu saya hadir hari ini. Saya nak tunjukkan letter head (kepala surat) surat ini yang jelas tunjukkan letter head pejabat Menteri Besar Selangor dan nombor faks yang masuk ke syarikat yang diminta memberi sumbangan ialah nombor faks pejabat Menteri Besar Selangor.

“Jadi ia jelas gunakan pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat umbangan bagi parti dan individu yang bagi saya jelas berlaku salah guna kuasa,” kata Mohamad Ezam yang menyertai Umno baru-baru ini.

- DIPETIK DARIPADA BERNAMA -

KOMEN PEMUDA MALAYSIA:

BARU 100 HARI BERKUASA, MACAM MANA KALAU 10 TAHUN BERKUASA. HANCURLAH NEGERI SELANGOR. MP GOMBAK TENGAH BERUCAP SEKARANG DAN SEDANG MENGHENTAM KERAJAAN PUSAT. TAPI BELIAU TAK SEDAR YANG KERAJAAN 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR PUN AMAT LEMAH TERUTAMA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. BARU URUSKAN DERMA DAH MENYELEWENG, MACAM MANA DENGAN PENGURUSAN YANG LAIN? KENYANG LAH 'PAKATAN RAPUH' DI SELANGOR..

FIVE FUEL POLICY

Dasar Lima Bahan Api (Five-Fuel Policy) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-8.

Tujuan dasar tersebut adalah untuk mempelbagaikan sumber bahan api untuk penjanaan elektrik dengan tujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga sedia ada (di bawah Dasar Empat Bahan Api) untuk penjanaan tenaga iaitu minyak, gas, hidro dan arang batu. Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharu atau Renewable Energy (RE) seperti biomas, biogas, solar dan mini hidro telah dijadikan sumber tambahan atau sumber kelima kepada sumber bahan api tersebut.

Penggunaan sumber RE dalam penjanaan tenaga elektrik akan mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil dalam fuel mix. Lantaran itu, bekalan bahan api fosil tersebut dapat dipanjangkan tempoh penggunaannya untuk pembangunan negara di masa hadapan.

Diambil daripada blog -mustika citra indah-

KELUAR DARI 'PERLINDUNGAN'-DUTA TURKI MENGAKU ANWAR KE RUMAHNYA TANPA DIUNDANG - RAIS

Utusan Online: 1 Julai 2008

KUALA LUMPUR 30 Jun – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlindung di kediaman duta Turki di sini sejak pagi semalam dibawa keluar dari bangunan tersebut empat jam selepas Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener, dipanggil ke Wisma Putra.

Ketika meninggalkan kediaman itu pada pukul 6.45 petang ini, Anwar yang dikerumuni pemberita di luar bangunan Kedutaan Turki di Jalan U-Thant di sini mendakwa beliau dengan rela hati keluar setelah mendapat jaminan keselamatan daripada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Dalam sidang akhbar di Putrajaya pada pukul 3 petang ini selepas menemui Ozener, Rais berkata, duta itu menjelaskan bahawa Anwar datang sendiri ke kediamannya pada pukul 6 pagi Ahad tanpa diundang.

Anwar berlindung di dalam kawasan Kedutaan Turki selepas satu laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini Sabtu lalu oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Anwar mendakwa tuduhan itu adalah satu fitnah dan keselamatannya terancam.
Menurut Rais, Penasihat PKR itu sendiri yang datang menziarahi kediaman Ozener pada pagi Ahad dan kemudian meminta agar beliau dibenarkan berada di situ mengikut tempoh yang akan ditetapkan pihak kedutaan.

Menteri Luar itu berkata, atas permintaan Anwar, Kedutaan Turki telah membenarkannya berada di kediaman duta atas dasar kemanusiaan.
“Jadi, soal berkaitan suaka politik tidak timbul setakat ini.
“Duta Turki juga berpandangan bahawa beliau mahu Anwar meninggalkan premisnya secepat mungkin,” kata Rais.

Selepas berlindung selama hampir 36 jam, Anwar meninggalkan Kedutaan Turki itu diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan peguam Sankara Nair.
Anwar juga mendakwa beliau mengambil keputusan untuk keluar dari kedutaan itu selepas turut mendapat jaminan keselamatan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

“Keputusan untuk keluar juga dibuat ekoran jaminan longgar yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ia bukan kerana diminta supaya keluar (oleh pihak kedutaan),” dakwanya kepada pemberita ketika kenderaan MPV yang dinaikinya bergerak perlahan untuk beredar dari kawasan Kedutaan Turki.

Anwar kemudian menyampaikan ucapan ringkas mempertikaikan kredibiliti Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara terlibat secara langsung dalam perencanaan jahat dengan memberikan fakta-fakta palsu semasa perbicaraan kes liwat beliau pada 1998 dan 1999.

“Saya ambil keputusan keluar petang ini kerana kerajaan memberi jaminan keselamatan dan saya akan lihat apa yang berlaku selepas ini,” tegasnya.
Difahamkan, selepas keluar dari kedutaan itu, Anwar tidak pulang ke rumahnya di Segambut dekat sini.

Anwar mendakwa kes liwat terbaru yang dihadapinya bertujuan menghalang beliau untuk bertanding dalam pilihan raya kecil yang pengisytiharannya akan dibuat minggu ini.
Menurutnya, ada pihak juga cuba mengagalkan rancangan beliau untuk membuat pengumuman rasmi minggu ini mengenai kemungkinan empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk dua daripada UMNO, menyertai pakatan pembangkang.
“Ini semua usaha golongan tertentu untuk menghancurkan karier politik saya,” tegasnya.

Rais pula memberitahu, dalam pertemuannya dengan Ozener di Putrajaya, Duta Turki itu menolak kenyataan Wan Azizah mengenai keperluan mendapatkan suaka politik untuk suaminya itu.

Penjelasan
Rais berkata, Malaysia menerima penjelasan Duta Turki itu tetapi memaklumkan kepadanya bahawa “istilah ‘tetamu’ kedutaan boleh berubah dan diberi takrifan lain jika tempoh Anwar berada di kedutaan itu berpanjangan.”
Menteri Luar itu turut menyuarakan rasa pelik dengan tindak tanduk Anwar yang cuba bersembunyi sedangkan pada masa ini beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
“Yang berlaku hanya siasatan. Jadi, semua rakyat Malaysia harus akur terhadap kuasa undang- undang di negara ini,” ujarnya.
Rais seterusnya berkata, jika amalan memberi ‘perlindungan’ kepada individu tertentu dipraktikkan oleh kedutaan-kedutaan asing, perkara itu akan menimbulkan masalah kepada negara ini.

“Jika trend ini berterusan, urusan undang-undang akan terbantut dan kedutaan itu mungkin memainkan peranan yang berbaur politik antarabangsa,” katanya.
Beliau yakin pihak polis Malaysia tidak akan membuat serbuan ke atas sesebuah kedutaan untuk menyoal siasat tertuduh kes jenayah kerana setiap kedutaan asing mempunyai kedaulatan di bawah undang-undang antarabangsa berkaitan konsulat dan kedutaan.

“Dalam sejarah negara, tindakan Anwar mencari perlindungan di kedutaan asing adalah kali pertama melibatkan seorang yang penting,” kata Rais.


======================================

MUSTIKA: BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH....
Jika benar apa yang didakwa oleh Duta Turki, beliau perlu menerangkan kepada umum tentang tindakan Anwar Ibrahim yang kononnya mendapat perlindungan di Keduataan Turki. Penjelasan oleh kedutaan Turki amat penting bagi mengelakkan cakap-cakap belakang, putar belit maklumat dan salah faham orang ramai. Kesahihan cerita dapat kita peroleh jika Duta Turki tampil memberikan penjelasan.

EZAM : JANGAN TERMAKAN CERITA KONSPIRASI ANWAR

Utusan Online: 1 Julai 2008

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan LUKMAN ISMAIL

KUALA LUMPUR 30 Jun – Orang ramai diminta tidak termakan dengan ‘cerita’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim konon wujud konspirasi untuk menjatuhkannya menggunakan laporan polis yang mendakwa beliau meliwat seorang pembantunya baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar.
“Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Menurutnya, perbuatan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam.

“Jika Anwar tidak suka dirinya dituduh tanpa bukti, dia juga tidak harus berbuat perkara yang sama.

“Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa?” ujar Mohamad Ezam merujuk kepada tindakan Anwar berlindung di kedutaan Turki di ibu negara sejak awal pagi semalam.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kejadian liwat yang membabitkan Anwar dan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Ezam memberitahu, apa yang berlaku “adalah antara Anwar, Mohd. Saiful dan Allah.”

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Anwar merupakan seorang yang pandai bermain sandiwara bagi menutup kelemahan peribadinya.

Beliau berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup kelemahan diri termasuk menggunakan kedutaan asing bagi meraih perhatian antarabangsa.

“Dia menggunakan alasan kononnya wujud konspirasi sekali lagi oleh kerajaan untuk menjatuhkannya sedangkan tuduhan itu tidak benar,” kata Mohd. Ali.

Beliau berkata tindakan Anwar menggunakan pelbagai pihak untuk bercakap bagi pihaknya dengan mendakwa kes itu sebagai konspirasi hanya memburukkan imej negara, kerajaan dan rakyat.

“Kalau beliau (Anwar) tidak bersalah, beliau patut berani hadapi pihak polis dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

........................................................................................

mustika: sejak Anwar Ibrahim terlibat dengan kes pertama dahulu lagi, Mustika memang sudah hilang kepercayaan kepada beliau. Berlagak alim tapi rupa-rupanya 'haiwan yang bertopengkan manusia'. Sungguk memalukan apabila seorang pemimpin yang kononnya berjuang untuk keadilan meletakkan diri sendiri di kalangan orang-orang yang dilaknat oleh ALLAH. Pengikut yang setia seolah-olah dicucuk hidungnya. Sedarlah dengan apa yang dilakukan Anwar sekarang adalah cara untuk beliau melepaskan diri dan mengalih pandangan umum khususnya pengikut-pengikut setia beliau daripada kejahatan dan perbuatan keji beliau. Kalau orang yang pernah rapat dengan beliau pun sudah membentangkan taktik-taktik Anwar di hadapan kita, mengapa kita masih menafikan kebenarannya? Bertaubatlah Anwar!

Friday, May 9, 2008

PARLIMEN : JANGAN JADI SARKAS

Oleh Ibrahim Yahaya
(BELANG BERTEMPAT - AKHBAR SINAR HARIAN - 30 APRIL 2008)
( http://www.akhbarcyber.blogspot.com )


MESYUARAT pertama penggal pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April lalu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU12) diadakan pada 8 Mac lalu. Seramai 222 Ahli Parlimen (MP) yang dipilih daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Yang Dipertua Dewam Rakyat baru, Tan Sri Pandikar Amin Mulia serta timbalannya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee, mengangkat sumpah.

Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pelbagai sejarah. Antaranya ialah penampilan 99 muka baru, jumlah pembangkang yang bertambah dan kemunculan ketua pembangkang wanita pertama, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kita juga boleh menyaksikan pasangan anak dan bapa iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng serta Karpal Singh dan anaknya. Pasangan anak dan ibu iaitu Wan Azizah dan Nurul Izzah serta menantu dan bapa mentua iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Begitu juga penampilan anak bekas Menteri Kesihatan, Chua Tee Yong.

Namun yang penting ialah rakyat mahu melihat aksi dan perangai 99 Ahli Parlimen muka baru dan perdebatan antara MP BN dan Pembangkang. MP pembangkang kini bertambah empat kali ganda iaitu 82 orang manakala MP BN kini seramai 140 orang.

Dengan bilangan MP BN dan pembangkang yang tidak berapa jauh bezanya berbanding sebelum ini (perbezaan 30 orang) sudah pasti sidang kali ini lebih hangat dan menarik. Apatah lagi ramai MP kali ini terdiri daripada orator lama dan baru yang baik daripada BN atau pembangkang. Antaranya ialah Datuk Mukhriz Mahathir, Saifuddin Nasution, Dr Mohd Puad Zakarshi dan Datuk Ibrahim Ali. Mereka juga mahu melihat bagaimana aksi MP muda seperti Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin yang mewakili dua keluarga "popular" di negara ini berhujjah dan melontarkan pandangan mereka.

Sejajar harapan tinggi rakyat, kita amat berharap MP bersidang secara profesional demi kepentingan orang ramai tanpa mengira kaum dan keturunan. Ini bererti mereka perlu berhujjah dengan baik, bernas, telus dan tidak berdebat dengan perkara-perkara remeh atau peribadi. Tidak payahlah masuk Parlimen untuk membuat lawak jenaka atau menunjukkan "kebodohan" atau bersikap bodoh sombong (boso). Ahli Parlimen akan dibelasah dalam media terutama media baru jika membuat lawak bodoh dan menghina golongan tertentu seperti isu bocor sebelum ini.

Ahli Parlimen parti kerajaan dan pembangkang perlu mempunyai pasukan penyelidik yang sentiasa membuat kajian mengenai keperluan rakyat dari semasa ke semasa. Pasukan penyelidik ini sentiasa turun ke akar umbi untuk mendengar masalah dan mendapatkan maklumat serta fakta untuk diketengahkan di Parlimen. Tanpa bertemu akar umbi atau turun padang, sudah pasti mereka tidak akan mengetahui apa yang berlaku di bawah. Mereka tidak akan mengetahui kesusahan dan keperluan rakyat. Jika ini berlaku, rakyat akan terus menderita tanpa sebarang pembelaan.

Rakyat juga sudah tentu tidak mahu melihat Parlimen berlangsung seperti sarkas di mana MP bertindak seperti harimau, singa, burung, kaldai, gajah, beruang atau monyet terlatih untuk menghiburkan penonton. Kebiasaannya sebagai haiwan sarkas, mereka akan diarah untuk melompat, memanjat, menari atau berlari mengikut arahan penjaganya. MP tidak perlulah menjadi kaldai atau beruk sarkas.

Hormatilah Parlimen dan hormatilah rakyat. Rakyat pasti tidak mahu mereka dihiburkan di Parlimen tetapi mahu MP bertindak cemerlang untuk memperjuangkan nasib mereka yang semakin mencabar dari hari ke hari termasuk kenaikan harga barang keperluan dan isu membabitkan prestasi agensi perkhidmatan kerajaan, ada antaranya yang masih banyak perlu diperbaiki. Rakyat sudah tentu mahu MP mereka menyuarakan segala pandangan akar umbi untuk didengar dan difahami oleh kerajaan. MP juga perlu memastikan cadangan yang baik dilaksanakan demi untuk memastikan kerajaan yang dipilih mampu menunaikan janji untuk membela nasib rakyat.

Bagi golongan ahli perniagaan, mereka juga mahu MP tidak kira kerajaan atau pembangkang menyuarakan pandangan mereka agar kerajaan sentiasa mewujudkan suasana perniagaan yang baik, membolehkan perniagaan mereka berkembang dan mengagihkan kekayaan negara kepada semua. Sudah tentu mereka tidak mahu ditinggalkan semata-mata kerana mereka tidak ada nama, tiada jaringan atau networking dengan pemimpin kerajaan atau peneraju GLC. Ahli perniagaan berwibawa mahu mereka diberikan kontrak dan tidak disisihkan kerana tiada jaringan berkenaan.

Zaman pemimpin kerajaan untuk menulis "sila pertimbangkan" di borang permohonan sudah berlalu tetapi perlu digantikan dengan sistem merit dalam memilih mereka yang berkelayakan untuk mendapat projek. Apa gunanya tulisan "sila pertimbangkan" atau "disokong" untuk membantu ahli perniagaan yang bukan saja tidak layak tetapi boleh mencemarkan nama agensi kerajaan atau GLC apabila kontrak itu diberikan kepada mereka. Jika untuk membalas budi buatlah secara yang lebih terhormat dan berhemah.

Bayangkan mereka yang lemah atau tidak berkelayakan mendapat kontrak kerajaan dan apabila projek itu siap, ia tidak sempurna dan mendatangkan malapetaka. Ketika itu, pemimpin kerajaan terpaksa pula meminta maaf dengan kesilapan kontraktor yang tidak amanah dan tidak layak, kelalaian "orang kita" atau "orang saya".

Janganlah marah jika rakyat memberikan undi kepada pihak pembangkang pada PRU atau PR Kecil akan datang semata-mata kerana masih ada pemimpin yang buta mata, buta hati atau sudah ketinggalan zaman dengan mengamalkan budaya yang tidak sihat dan tidak profesional. Untuk sekian kalinya, pemimpin sebegini, berubahlah untuk kebaikan. Berubahlah untuk kepentingan rakyat dan negara.