oleh : Pemikir Negara
MP Muar telah berhujah dengan panjang lebarnya termasuklah mengenai isu-isu hak dan juga Kesultanan Melayu. Beliau tidak mahu menyentuh perkara kontrak sosial yang boleh dibincang di luar dewan. Beliau hendak mengukuhkan tentang Kesultanan Melayu yang merupakan inti kepada pembentukan Malaya dan seterusnya Malaysia.
Wira berpendapat bahawa MP Muar telah dapat memberikan hujahnya dengan baik dan beliau sebagai seorang berpendidikan undang-undang, berwibawa membincangkan perkara-perkara seperti ini di dalam dewan untuk kefahaman ahli-ahli pembangkang yang masih berdegil dan tidak mahu memahami hakikat negara ini. Ahli-ahli Parlimen pembangkang harus sedar bahawa apa yang hak itu usah dipersoalkan kerana ini hanya menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada prinsip bebalism yang sangat jelas maksudnya.
Adalah dinasihatkan agar ahli pembangkang Melayu khususnya jangan ambil mudah aspek Ketuanan Melayu kerana jika tuan-tuan dan puan-puan leka dan tidak menerima Ketuanan Melayu, maka anda telah menderhaka kepada perjuangan orang Melayu yang telah juga memilih anda semua ke Parlimen pada Mac 2008. Ingatlah bahawa anda sebagai pembangkang hendaklah menyokong aspirasi majoriti Melayu yang yakin kepada Ketuanan Melayu tanpa menjejaskan kepentingan bangsa-bangsa lain berteraskan perlembagaan persekutuan yang dibuat bersama sejak merdeka lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment