oleh : Pemikir Negara
MP Wangsa Maju dalam ucapannya mengenai RMK-9 telah menimbulkan beberapa isu termasuklah berkaitan Air Asia yang berhutang dengan Malaysian Airport (MAB). Beliau mengatakan perkara ini tidak patut wujud kerana MAB adalah GLC yang juga mempunyai programnya sendiri yang memerlukan dana. Beliau berpendapat bahawa kementerian berkenaan perlu memberi jawapan kepada Parlimen mengenai perkara ini. Beliau secara sinis mengaitkan kelambatan Air Asia membayar hutangnya itu kepada kemungkinan ada orang-orang terpengaruh yang memiliki saham dalam Air Asia.
Wira berpendapat MP Wangsa Maju perlu membuat penyelidikannya sebelum bercakap-cakap dalam Parlimen yang mulia ini. Beliau tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membuat tuduhan yang melulu atau berteka-teki terhadap syarikat yang membuat LCC di Sepang. Andaian beliau banyak yang salah dan mengelirukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment