OLEH : TULIP DESA
Peningkatan gaya hidup remaja masa kini menjadi salah satu punca kepada keruntuhan akhlak dan peningkatan jenayah. Sehubungan itu, MP Bera selaku Menteri Belia Dan Sukan telah menjelaskan bahawa kementerian tersebut telah merangka beberapa program untuk menghidupkan kembali semangat kesukarelawan, kejiranan dan integrasi yang dilihat semakin pudar dan tidak lagi diamalkan oleh generasi muda.
Kementerian mengambil pendekatan menghidupkan kembali Program Rakan Muda bagi mendedahkan kepada generasi muda tentang kepentingan semangat kesukarelawan dan kejiranan di mana ramai di antara kita bersifat "keakuan"iaitu tidak mengambil kisah tentang orang lain.
Di samping itu, pihak Kementerian juga memperkenalkan beberapa program baru seperti Program Muda Wawasan Desa dan Program Integrasi Nasional yang dilihat dapat meningkatkan pemahaman generasi bandar mengenai tradisi penduduk luar bandar melalui program anak angkat yang melibatkan pelajar dan remaja daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Cadangan pelaksanaan program ini juga mendapat pujian daripada MP Titiwangsa yang mahu program ini mendapat impak yang positif dan dapat dimanafaat oleh golongan di semua peringkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment