Tuesday, July 1, 2008

ANWAR PELAKON LELAKI TERBAIK (3)

Oleh Pemikir Negara

Mengapa Brader Anwar Bin Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan? dan semua jawatanya dalam politik 1998?. Tahukah anda bahawa Anwar Ibrahim seorang yang pandai bersendiwara?, pandai berlakon?, pandai berlagak?, pandai menggunakan agama? untuk meraih simpati kepada agenda peribadinya.

Tengoklah lakonan beliau dalam mengaktifkan balik parti yang didukungnya selepas beliau disingkirkan daripada jawatan kerajaan?.

Tahukah anda beliau disingkirkan kerana tingkah lakunya yang ketara ke arah membawa negara menimpa bala petaka dan kepada rakyat dan negara?

Tahukah anda semasa krisis mata wang yang menimpa seluruh dunia termasuk negara kita di Malaysia ketika itu beliau menajawat jawatan Menteri Kewangan, beliau sanggup menjemput Soros penyangak mata wang dari barat untuk meminjam wang dari bank dunia.

Kita semua tahu pembayaran balik akan berlipat ganda kepada bank berkenaan tetapi pucuk pimpinan ketika itu cukup memahami suasana serta cara Menteri Kewangan mengendalikan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Maka kerajaan menolak apa yang disarankan oleh beliau.

Selain itu adakah anda ingat apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada Sukma Dermawan? Dr. Anis Munawar?, Shamsidar yang merupakan salah seorang setiausaha kepada beliau. Beliau sanggup meliwat mereka. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, berpuluh kali. Bukan berpuluh kali dilakukan oleh Anwar ke atas penama-penama yang saya sebutkan tadi.

Tak sangka dengan lagaknya sebagai soerang pemimpin yang berlatarkan agama, kononnya semua kita tahu perkara itu berlaku pada tahun 1998 justeru beliau dipecat daripada jawatan beliau kerana tidak layak untuk terus memegang jawatan yang disandangnya.

Setelah dipecat beliau terus membuat kenyataan akhbar dengan mengatakan pemecatan beliau merupakan satu perancangan jahat kerajaan dengan menangkap beliau dan diletakkan beliau di bawah tahanan ISA.

Sedarkah anda? Sidang pembaca blog bolehkah kita menerima penafian beliau terlibat dengan perkara yang terkutuk itu dengan menyatakan perancangan/konspirasi kerajaan semata-mata untuk menjatuhkannya. Adakah anda percaya apa yang diperkatakan itu?

Bertahun-tahun kerajaan mengatur untuk memerangkap beliau dengan kegiatan terkutuk itu dengan memantau mereka yang terbabit seperti nama yang saya sebutkan sebelum ini.

Pun begitu ada rakyat dalam negara masih mengatakan Anwar Ibrahim dianiayai sehingga sanggup keluar beramai-ramai di jalan-jalan raya untuk berdemonstrasi, merusuh, merosak harta benda kerajaan kepentingan rakyat sehingga beberapa bulan reformasi ini berjalan sehingga menyebabkan pelabur asing lari melabur ke negara lain.

Akhirnya... yang buta mata, pekak telinga dan buta hati turut serta menubuhkan parti Keadilan Rakyat kononnya memperjuangkan keadilan untuk rakyat umum.

Dua hari lalu, ada aduan liwat lagi ...........

No comments: