Tuesday, July 1, 2008

ANWAR BERSANDIWARA LAGI

OLEH : TULIP DESA

Di dada akhbar terpampang berita kes liwat DSAI dengan pembantunya. Bagaimanapun, DSAI menafikannya dan mendakwa ia adalah pakatan Barisan Nasional untuk membunuh kariernya dan menyekat kebangkitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Nampaknya DSAI bersandiwara lagi apabila cubaanya untuk merasuah ahli BN Sabah untuk lompat parti tidak dilayan dan tidak menjadi. Tindakan DSAI menyembunyikan diri di Kedutaan Turki dengan alasan nyawanya terancam semata-mata mahu mengalih tumpuan rakyat untuk bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Alasan ini sama seperti beliau ditahan dahulu dengan pelbagai dakwaan seperti diracun melalui arsenik tetapi sehingga kini beliau kelihatan sihat dan bersemangat. Itu semua adalah taktik beliau untuk meraih simpati rakyat dan juga pihak antarabangsa.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, mungkin ini semua adalah konspirasi beliau sendiri untuk menyatakan bahawa beliau teraniaya dan mantan Timbalan Perdana Menteri ini sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat bahawa kononnya beliau sedang menerima ancaman di negara ini. Isu ini akan memberi imej yang tidak baik kepada negara. Kalau benarlah beliau melakukan perkara terkutuk ini, ia perlu didedahkan kepada umum bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang berlaku khususnya kepada rakyat.

No comments: