Oleh Pemikir Negara
Usaha MP DAP untuk membuat tuduhan dan ingin mencemarkan nama baik pasukan keselamatan hari ini bukan saja tidak kesampaian tetapi memalukan diri mereka sendiri.
MP DAP membuat tuduhan bahawa ramai penjenayah mati ketika dalam tahanan polis. Ini berbeza dengan kedudukan di negara maju dan MP pembangkang itu menyebut sebuah negara iaitu Britain.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Farid, ketika menjawab tuduhan itu dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah, memperbetulkan sangka buruk dan hasrat tidak baik MP DAP.
Menurutnya, Pasukan Polis telah mengamalkan satu kawalan yang baik dan kematian yang berlaku bukan disebabkan kecuaian pasukan itu tetapi faktor lain termasuk penyakit dan membunuh diri.
Menurutnya, kematian di penjara Malaysia mempunyai rekod yang baik berbanding Britain. Kematian di penjara Malaysia ialah tiga orang pada 2007 berbanding di Britain seramai 183 orang.
Ramai tahanan mati di hosptial disebabkan penyakit seperti hiv, telesemia, barah, asma dan jangkitan kuman kepada usus, paru-paru dan kerongkong. Ada juga kes kematian kerana menggantung diri dan bergaduh sesama sendiri.
Wira berpendapat inilah rancangan pembangkang untuk memburuk-burukkan PDRM di mata rakyat. Usaha ini berterusan dan tidak menguntungkan negara. Ia bertujuan untuk menggalakkan rakyat membenci dan berkeras dengan pasukan keselamatan.
Ketika mereka mengatakan polis mengamalkan rasuah dan salahlaku, pembangkang meminta polis menjaga keselamatan rakyat negara. Ini membuat MP Kinabatangan, Datuk Bung Radin Mokhtar, merasa pelik terhadap MP pembangkang berkenaan.
Ketika itulah, MP Gombak, Azmin Ali, bangun dengan hasrat untuk memperbetulkan kesilapan MP DAP itu bahawa bukan semua polis jahat.
Pembangkan ini sebenarnya tidak berfikir panjang dengan membuat tuduhan dan dalam masa yang sama mahu diri dan keluarga mereka dijaga oleh polis.
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pemikir Negara,
Datuk Wan Farid kata kematian di penjara seramai tiga orang tetapi DAP bangkitkan kematian di dalam tahanan polis. Maksudnya kematian di balai polis bulan di penjara. Penjara bukan lagi bawah bidang kuasa polis. Di dalam usaha saudara untuk menyerang pembanakang, diharap saudara tidak memutar belitkan fakta.
Maaf jika tersinggung.
Post a Comment