Tuesday, July 8, 2008
BUKAN FIRST WORLD TETAPI NO WORLD
Oleh Pemikir Negara
Hari ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, amat marah dan menyifatkan Parlimen kita sudah balik ke belakang kerana perangai tidak senonoh Ahli-ahli Parlimen negara.
Mereka bertindak seperti budak-budak sekolah tadika yang menjerit-jerit sesuka hati. Datuk Wan Junaidi memuji sikap MP Kepong, Dr Tan Siang Giaw, yang penuh disiplin berdiri dan hanya bercakap apabila dibenarkan oleh Speaker. Inilah contoh yang terbaik ahli Parlimen yang first class.
Wira berpendapat apa yang berlaku sekarang kerana rakyat sudah salah memilih wakil rakyat tidak mempunyai perwatakan "first class" tetapi "wakil" yang sesuai untuk mengadakan demonstrasi jalanan dan membuat kecoh. Mereka adalah "low class".
Mereka ini bernasib baik kerana rakyat memilih mereka kerana terpengaruh dengan sikap membangkang kerajaan yang ketika ini dilihat sebagai satu perjuangan.
Namun, Wira yakin rakyat terutama pengundi sudah mula sedar bahawa mereka memilih wakil rakyat yang tidak "ada kelas" sama sekali dan hanya bertindak untuk menjerit-jerit seperti beruk di dalam kandang sarkas.
Sepatutnya mereka menghormati antara satu sama lain dan berhujjah secara matang serta tidak memanggil orang lain dengan panggilan katak atau apa saja. MP Karpal Singh yang ingin mengatakan beliau adalah peguam terbaik sebenarnya tergolong dalam kumpulan pencacai pembangkang yang selalu membuat kecoh di dewan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment