Tuesday, July 8, 2008

MP-MP HARUS MEMBERI CADANGAN YANG WAJAR

OLEH : MYSELF

Dalam Persidangan Parlimen semalam, adalah untuk membahaskan kajian separuh penggal RMK-9. MP-MP memberi cadangan masing-masing untuk mengatasi masalah yang sedia pada setakat ini dalam RMK-9. Tetapi MP Wangsa Maju tidak nampak memberi cadangan yang wajar, malah membangkitkan infrastruktur Parlimen seperti tempat meletak kereta Ahli Parlimen. Selain itu, beliau juga mengatakan kes-kes jenayah yang rumit berlaku di tempat beliau iaitu Wangsa Maju.

Pada pandangan saya, Wangsa Maju adalah tempat yang ditanda kawasan hitam dalam indeks jenayah dan sebelum pilihanraya ke-12, bekas MP telah memohon banyak lampu jalan di tepi jalan untuk mengatasi masalah jenayah. Tetapi pada piliharaya ke-12, rakyat telah memilih wakil PKR iaitu MP Wangsa Maju untuk menjadi wakil rakyat. Oleh itu, saya rasa sebagai wakil rakyat, beliau harus mencari jalan untuk mengatasi masalah di kawasan sendiri. Pada pemerhatian saya selepas piliharaya ke-12, banyak kawasan telah dimenangi oleh pembangkang. Tetapi selama ini, saya berasa pembangkang terlalu bergantung kepada kerajaan pusat. Mereka hanya tahu menuding jari kepada kerajaan pusat dan membuat protes. Tetapi mereka tidak memberi cadangan yang wajar dalam persidangan Parlimen. Sebaliknya, jika ada isu-isu sensitif, mereka akan menggunakan kuasa rakyat untuk mengadakan protes dan membesar-besarkan isu tersebut. Saya tertanya-tanya, adakah dengan melakukan protes, isu negara akan dapat diatasi? Mengapa kita tidak memberi cadangan yang wajar kepada kerajaan untuk dipertimbangkan? Adakah protes telah menjadi budaya Malaysia?

Sebagai wakil rakyat yang dipilih , mereka harus memberi cadangan yang wajar dalam Parlimen dan bukan sekadar hanya menuding jari mencari kesilapan kerajaan.

No comments: