oleh : Perry
MP Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusof meminta kerajaan menumpukan perhatian kepada bukan sahaja pembangunan fizikal bahkan juga pembangunan rohaniah serta nilai-nilai keagamaan di kalangan rakyat Malaysia. Menurut beliau, masalah gejala sosial, termasuk kes perceraian di kalangan masyarakat Islam, kian meningkat dalam negara dan memerlukan
penerapan nilai-nilai keagamaan, lebih-lebih lagi dalam era penerapan nilai-nilai Islam Hadhari yang di anjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi.
Apa yang saya faham, kerajaan pimpinan Pak Lah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam mendorong rakyat berbilang kaum dan agama menerapkan nilai-nilai mulia dan sejagat yang terdapat dalam agama masing-masing bagi menangani gejala sosial di kalangan rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, kita harus sedar bahawa baru-baru ini Datuk Johari Baharom , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu kepada Nga Kor Ming, MP Taiping bagi menjawab pertanyaan dalam Parlimen bahawa kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 428 juta untuk membina masjid dan surau dan RM 8.1 juta untuk membina gereja dan kuil Hindu. Dalam pada itu, kerajaan telah membelanjakan RM 3.93 juta untuk pembangunan kuil dan RM 3.16 juta lain-lain tempat ibadat dan RM 1.6 untuk pembangunan gereja. Peruntukan kewangan untuk membantu membangunkan tempat-tempat ibadat warga bukan Islam juga akan diteruskan oleh kerajaan pada masa akan datang.
Sejak tahun 1991, Perdana Menteri telah memperuntukkan RM 1 juta untuk pembinaan tempat ibadat gereja dan RM 1 juta untuk pembinaan kuil Hindu di Malaysia supaya rakyat bukan beragama Islam juga turut mendapat menfaat dalam menerapkan nilai-nilai agama masing-masing di kalangan mereka berdasarkan prinsip Islam Hadhari.
Justeru, adalah tidak wajar untuk membuat dakwaan melulu bahawa kerajaan kurang menumpukan perhatian kepada pembangunan nilai-nilai Islam atau rohaniah di kalangan ummah dan nilai-nilai sejagat yang ditonjolkan oleh lain-lain agama rakyat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment