Oleh Pemikir Negara
Terima kasih kepada pembaca Wiramalaysia. Terima kasih sekali lagi kita berjumpa lagi di dalam ruangan ini bagi menjelaskan kedudukan sebenar Anwar Ibrahim. Tidak ada apa pun yang saya hendak jelaskan di sini selain daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh Mohd Saifudin semasa beliau membuat pemeriksaan kesihatan di hospital Kuala Lumpur. Sebelum beliau membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas dirinya disebabkan merasa tidak selesa ketika membuang air besar.
Setelah diperiksa sekali lagi dan ditanya oleh Dr. Mengapa jadi begini?. Mohd. Saiful menjawab, bahawa beliau telah di liwat oleh Penasihat PKR di salah sebuah kondominium di Bangsar. Anda tahukah? Anwar Ibrahim, kepada yang baru melayari Wiramalaysia, saya jelaskan di sini Anwar Ibrahim ialah pelakon filem yang mengesahkan perjuangan politik di Malaysia selepas disingkirkan dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998.
Anwar cukup hebat orangnya, mengambarkan kepada rakyat negara ini bahawa dialah orang yang paling hebat dalam politik, paling hebat dalam pentadbiran, paling hebat dari segi kepimpinan sehingga kepada perkara yang dikutuk oleh Allah SWT pun beliau sanggup melakukannya berulang kali dalam tahun 1998 dan melakukannya sekali lagi perkara yang sama dalam tahun 2008.
Dalam tahun 1998, beliau melakukan perkara yang terkutuk itu ke atas Sukma Dermawan, Dr Anis Munawar dan lain-lain, saya pun dah lupa mereka yang menjadi mangsa kepada Anwar kerana terlalu lama (11 tahun) kini berulang lagi Jun 2008. Sepatutnya beliau dah insaf, bertaubat nasuha bagi membersihkan dirinya dengan tuhan, keluarga dan rakyat negara ini.
Dia pun dah lanjut usianya, kubur kata mari, keluarga dan rakyat kata pergi. Untuk maklumat, Mohd Saiful baru tiga bulan sahaja menjadi pembantu beliau, diliwatnya pula, pandai sungguh beliau mencari pembantu yang cute-cute belaka. Dulu Sukma cute juga, apa kurangnya dengan Mohd Saiful ini, cute juga sebagai pemerhati Anwar tidak kira cute, tak cute weh!
Asal ada di depan jalan belaka, pantang membujur lalu melintang patah seperti dia hentam Dr. Anis Munawar. Kalau anda kenal Dr. Anis Munawar ini yang menjadi mangsa kepada beliau 1998 tahukah anda rupanya tak lah seelok mana, lagi pun orang Pakistan, tua pulak orangnya tapi jadi juga. Itulah Anwar Panasihat PKR yang anda sanjung-sanjungkan dulu sehingga kini. Tak kira segala-galanya jadi bila ada peluang terdedah di hadapan.
Lepas itu fikir cara untuk bersendiwara pula bagi membuktikan bahawa beliau bersih malah meletakkan kesalahannya kepada orang lain dengan mengatakan konspirasi politik......... yang berniat jahat untuk menjatuhkan keriar politiknya, kali ini melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan isteri serta beberapa orang menteri dan Timbalan Menteri pula.
Apabila dia mendapat maklumat bahawa Mohd. Saiful buat laporan polis beliau terus ke kedutaan Turki dan di sana beliau menyatakan telah menerima ugutan bunuh ke atas diri dan keluarga. Jika benar beliau menerima ugutan itu mengapa dia seorang ke kedutaan Turki itu? Tak bawa anak isteri , tak sayang ke pada keluarga? Memang Anwar jenis orang yang tak sayang kepada keluarga kalau dia sayang dia tak buat begitu?.
Anwar segala-galanya boleh bersendiwara, boleh berlakun boleh membuat kenyataan untuk menangkis apa yang berlaku ke atas diri dia, nilailah sendiri rakan-rakan yang mengunjungi wiramalaysia.
Saudara/Saudari/Datuk/Dato’/Tuan/Puan kalau Anwar orang yang ikhlas lapor sahaja perkara itu kepada polis buat apa ke kedutaan Luar Turki dan Amerika lepas itu minta perlindungan politik di sana.
Selepas keluar daripada kedutaan Turki buat kenyataan minta kawalan keselamatan ke atas diri dan keluarga pula. Saya tak faham sejak dulu (1998) sehingga kini makin tua makin tak senonoh dan makin menjadi-jadi hingga ke hari ini sekali begitu sekali begini tak cukup lagi mengadu kepada Turki mengadu pula kepada Amerika Syarikat untuk melindunginya diri dan keluarganya.
Jadi Anwar ini, benarlah anak angkat Amerika Syarikat apa yang berlaku dalam negara dan dirinya terus memaklumkan kepada Amerika Syarikat. Kalau beginilah gayanya, apabila menjadi Perdana Menteri nanti, sudah tentu negara ini di jual atau di gadai kepada kuasa besar Amerika Syarikat. Kita berdoa agar Allah SWT melindungi kita bersama tidak kira agama dan bangsa.
Anda lihatlah apa yang berlaku ke atas Afghanistan, Iraq hatta Saudi Arabia kini dikuasai oleh Amerika Syarikat dan apa terjadi kepada rakyatnya? Mahukah anda atau kita di Malaysia yang segala-galanya aman damai apa yang kita hendak buat semuanya boleh?
Jadi tentu anda tak mahukan?
Kalau tak mahu, tak payahlah dok gila-gila sokong Anwar oi! oi! .....
.....berjumpa lagi dan bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment