Tuesday, July 1, 2008

EZAM : JANGAN TERMAKAN CERITA KONSPIRASI ANWAR

Utusan Online: 1 Julai 2008

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan LUKMAN ISMAIL

KUALA LUMPUR 30 Jun – Orang ramai diminta tidak termakan dengan ‘cerita’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim konon wujud konspirasi untuk menjatuhkannya menggunakan laporan polis yang mendakwa beliau meliwat seorang pembantunya baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar.
“Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Menurutnya, perbuatan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam.

“Jika Anwar tidak suka dirinya dituduh tanpa bukti, dia juga tidak harus berbuat perkara yang sama.

“Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa?” ujar Mohamad Ezam merujuk kepada tindakan Anwar berlindung di kedutaan Turki di ibu negara sejak awal pagi semalam.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kejadian liwat yang membabitkan Anwar dan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Ezam memberitahu, apa yang berlaku “adalah antara Anwar, Mohd. Saiful dan Allah.”

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Anwar merupakan seorang yang pandai bermain sandiwara bagi menutup kelemahan peribadinya.

Beliau berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup kelemahan diri termasuk menggunakan kedutaan asing bagi meraih perhatian antarabangsa.

“Dia menggunakan alasan kononnya wujud konspirasi sekali lagi oleh kerajaan untuk menjatuhkannya sedangkan tuduhan itu tidak benar,” kata Mohd. Ali.

Beliau berkata tindakan Anwar menggunakan pelbagai pihak untuk bercakap bagi pihaknya dengan mendakwa kes itu sebagai konspirasi hanya memburukkan imej negara, kerajaan dan rakyat.

“Kalau beliau (Anwar) tidak bersalah, beliau patut berani hadapi pihak polis dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

........................................................................................

mustika: sejak Anwar Ibrahim terlibat dengan kes pertama dahulu lagi, Mustika memang sudah hilang kepercayaan kepada beliau. Berlagak alim tapi rupa-rupanya 'haiwan yang bertopengkan manusia'. Sungguk memalukan apabila seorang pemimpin yang kononnya berjuang untuk keadilan meletakkan diri sendiri di kalangan orang-orang yang dilaknat oleh ALLAH. Pengikut yang setia seolah-olah dicucuk hidungnya. Sedarlah dengan apa yang dilakukan Anwar sekarang adalah cara untuk beliau melepaskan diri dan mengalih pandangan umum khususnya pengikut-pengikut setia beliau daripada kejahatan dan perbuatan keji beliau. Kalau orang yang pernah rapat dengan beliau pun sudah membentangkan taktik-taktik Anwar di hadapan kita, mengapa kita masih menafikan kebenarannya? Bertaubatlah Anwar!

No comments: