oleh : Pemuda Malaysia
Nampaknya rakan baik DSAI sudah mula campurtangan dalam hal dalaman Malaysia. AS tidak boleh bertindak mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apa motif utama AS bertindak sedemikian? Nampak seperti ada udang di sebalik batu.
Saya berpendapat, jika DSAI disiasat dan di dapati bersalah, beliau akan dipenjarakan. Dengan ini akan hancur harapan AS untuk menaikkan kerajaan boneka yang dipimpin oleh DSAI dan "Pakatan rapuh" nya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, DSAI yang boleh berubah dalam pelbagai wajah. Yang nyata, DSAI mendapat sokongan penuh daripada Barat dan Yahudi. Perkara sebegini pun tak kan rakyat Malaysia pandang remeh?AS terkenal dengan negara yang suka mencampuri urusan dalaman negara lain.
AS cuba menjadi jaguh di mana-mana negara yang menghadapi apa jua pergolakan sama ada dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Kita lihat Iraq, Iran, Vietnam, Myanmar dan lain-lain negara yang mana campurtangan mereka membawa kehancuran kepada negara tersebut. Adakah anda sebagai rakyat Malaysia ingin melihat Malaysia menuju kehancuran? Kita sama-sama berdoa agar Malaysia sentiasa dipelihara dari apa jua anasir luar yang tidak diundang. AS sudah terbukti hanya memporak-perandakan keadaan di sesebuah negara. Kenapa AS perlu keluarkan kenyataan tersebut dan mencampuri hal dalaman Malaysia? DSAI belum disiasat lagi dan jika disiasat itu adalah prosedur biasa dan AS tiada hak campurtangan dalam perkara sebegini.
Sekali lagi saya menyeru dan merayu kepada semua rakyat Malaysia agar menentang sebarang campurtangan dari mana-mana negara luar terutama AS yang kita sedia maklum hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia. Jangan sempitkan fikiran anda, fikirkan satu ayat yang saya sebutkan di sini, "Apa kepentingan Anwar kepada AS sehingga mendapat pembelaan sebegitu sekali"...fikirkan...
No comments:
Post a Comment