Thursday, July 3, 2008

1001 SOALAN DALAM PKR SEKARANG


Oleh Pemikir Negara

Seorang pengikut PKR menelefon Wira bahawa ketika ini parti beliau dalam keadaan kelam kabut. Ini kerana pelbagai kejadian yang berlaku sejak seminggu lalu menutup usaha ahli dan pemimpin PKR untuk membentuk satu parti yang kuat.

Namun, laporan polis oleh Saiful yang mendakwa beliau diliwat oleh Brader Anwar Bin Ibrahim telah menjejaskan nama baik parti itu. Bagi pengikut PKR, mereka mahu berada dalam parti itu sebagai alternatif kepada parti lain tetapi laporan polis itu telah memusnahkan nama parti. Bagi mereka, Anwar tidak boleh mencemarkan nama parti.

Beliau semakin hairan dengan ketiadaan Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah di perhimpunan besar-besaran PKR di Shah Alam. Baginya, mengapa isteri dan Anwar tidak hadir sedangkan ia satu perhimpunan yang penting.

Oleh itu, 1001 soalan kini sedang berlegar-legar dalam kepala mereka mengenai hubungan Anwar dengan isteri serta anak-anaknya. Adakah mereka bertindak mahu mengasingkan diri mereka kerana tahu sesuatu sudah berlaku? Inilah persoalan yang perlu direnungi oleh pengikut PKR.

Pengikut ini juga mendapat laporan bahawa Anwar kini tidak balik ke rumah. Persoalannya kemanakah perginya Anwar? Ini ini saja diada-adakan oleh musuh Anwar dalam PKR tetapi soalan itu perlu dijawab bagi memastikan Anwar kelihatan bersih.

Mereka juga ingin tahu bagaimana seorang budak muda berusia dalam 20an boleh menyewa kondo RM7,000 sebulan. Dimanakah beliau mendapat wang itu? Adakah Saiful mendapat bantuan daripada Anwar untuk tinggal di rumah berkenaan.

Anwar pula mengaku pergi ke kondo itu. Persoalannya ialah mengapa Anwar pergi ke kondo yang didiami oleh Saiful. Apakah beliau ingin berbincang perkara yang sulit sehingga perlu pergi ke rumah Saiful?

Pengikut ini juga hairan mengapa Anwar melarikan diri ke kedutaan Turki selepas Saiful membuat laporan polis. Apakah Anwar takut untuk diperiksa oleh doktor kerana melakukan kejadian berkenaan? Jika kes sebelum ini, ia membabitkan tempoh yang lama iaitu lebih lima tahun tetapi kali ini ia membabitkan beberapa minggu. Ada kemungkinan kebimbangan kemungkinan kesan itu kelihatan jelas.

Inilah 1001 soalan yang perlu dijawab oleh Anwar dan Wan Azizah.

Belum lagi persoalan kemana hilangnya wang sumbangan kepada PKR yang dikatakan dipegang oleh Anwar. Rakan karib Anwar, Allahyarham Datuk Nashruddin dikatakan telah menyerahkan sejumlah wang kepada Anwar. Ada yang mengatakan lebih RM25 juta tetapi apabila pengikut PKR mahukan wang itu, Wan Azizah dikatakan menyebut bahawa wang itu untuk keluarga Anwar. Malah Wan Azizah meminta mereka membezakan, "contribution for the family and contribution for the party". Duit yang banyak itu adalah untuk sumbangan kepada keluarga.

No comments: