Oleh Pemikir Negara
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Husam Musa, Exco PAS Kerajaan Negeri Kelantan cuba mempertahankan dakwaan Saiful bahawa Brader Anwar Bin Ibrahim meliwatnya.
Nik Aziz mengaku bahawa perbuatan Anwar itu sedikit sebanyak boleh mencalar kedudukan gabungan pembangkang dimata rakyat seluruh negara, kerana semua orang tahu bahawa Anwar dituduh melakukan perbuatan yang sama pada tahun 1997 sehingga beliau akhirnya ditahan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri.
Kini berulang lagi perbuatan yang sama dilaporkan oleh Pembantu Khasnya, Mohd Saiful Bahari Azlan dan tunangnya Jana Shahrizal Mohd Zaki turut menyokong kenyataan ataupun laporan yang dibuat oleh tunangnya bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim di sebuah kondominium di Bangsar. Inilah yang diolah Nik Aziz sebagai mencalar nama baik pembangkang.
Apapun yang berlaku dalam hal ini Nik Azik dan Husam menerusi akhbar tempatan mahu pihak yang bertanggungjawab supaya mengemukakan empat orang saksi mengikut perundangan Islam bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.
Wira selaku pemerhati politik dari luar dan sebagai seorang Islam yang arif dalam bidang perundangan Islam khususnya mengenai perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu supaya pihak berkuasa mengemukakan 4 orang saksi sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Nik Aziz dan Husham.
Kerana itulah kehendak dan hukum dalam Islam mengikut mazhab Shafie yang diamalkan dalam negara ini tetapi hari ini kita mesti ingat untuk mendapatkan saksi-saksi seperti yang dituntut oleh Islam itu tidak akan kita perolehi kerana pelakon perkara itu telah memikirkan bagi menggelakkan perkara yang dilakukan itu boleh dikesan apa lagi dilihat dengan mata kepala 4 orang saksi serentak.
Dato’ Nik aziz dan Husam perlu ingat bahawa saksi-saksi yang dimaksudkan oleh Islam itu ialah mereka mesti melihat serentak kepada satu tempat yang dilakukan ............ ke arah itu ............. jika tidak seperti yang saya katakan tadi saksi-saksi tersebut tidak diiktiraf oleh syarak kerana mereka tidak serentak melihat kepada perkara yang sama.
Apa yang dikehendaki oleh Islam dalam hal ini ialah keempat-empat saksi mengaku dan bersumpah bahawa mereka melihat perkara yang sama. Itulah yang dikehendaki oleh Islam. Dalam bab ini mereka yang pekak telinga, buta mata terlalu fanatik kepada Anwar tidak boleh terima apa yang didakwa ke atas Anwar, konon semuanya itu sendiwara konsfirasi politik untuk menjatuhkannya.
Maka marilah kita ikut apa yang disarankan dalam Al-Quran dalam surah An Nur mulai ayat 4 hingga 10 bermaksud bila kamu dituduh melakukan kesalahan zina, liwat dan sebagainya maka kamu tidak mengaku apa yang dituduh ke atas kamu dan kamu hendaklah bersumpah dengan nama Allah sebanyak 5 kali.
Kali yang kelima hendaklah disebut Allah akan melaknatkan ke atas aku sekiranya aku tidak bercakap benar begitu juga yang menuduh perkara itu perlu juga bersumpah sebanyak 5 kali dan kali terakhirnya perlu disebut bahawa Allah akan melaknat ke atas diri ku jika aku tidak bercakap benar.
Dan inilah dia hukum Islam jika kedua-dua belah pihak bersumpah menyatakan masing-masing benar maka mereka dibebaskan daripada tindakan dan Allah sahajalah yang akan membalas seberat-beratnya ke atas mereka yang melakukan perkara tersebut demikianlah maksud surah An Nur mulai dari ayat 4 hingga 10 sila rujuk.
Dalam hal ini Anwar tidak perlu berdolak dalik bersendiwara menuduh orang lain yang merancang untuk menganiayainya baiklah bersumpah dengan nama Allah seperti mana yang saya katakan tadi demi membersihkan nama baiknya konon.
Ini jika tidak mahu menerima cara saintifik masa kini. Selain itu Dato’ Nik aziz atau pun Husham jangan pandai-pandai bermain agama atau hukum Islam, orang lain
pun belajar juga, orang lain pun baca kitab juga, orang lain pun kelulusan Master juga dalam bidang perundangan Islam terima sajalah ............ orang pun berpolitik juga tetapi tidak menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politiknya.
Di sana sini bertakbir berulang kali pada masa yang sama menadah ketayap untuk mendapatkan wang bagi membiayai perjuangan politik sempit semata-mata. Ingatkah saudara bila mana Nik Aziz telah membuat kenyataan selepas dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan 2004. Beliau berkata ambo tidak boleh nak duduk di JKR 10 (penginapan Menteri Besar) alasan yang diberikan ialah penginapan berkenaan terlalu cantik baginya sehingga bilik air pun boleh tidur katanya, ketika itu biarlah ambo duduk di rumah ambo sendiri (Pulau Melaka).
Selain itu beliau juga membuat kenyataan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi kerajaan, padanya membazir, cukuplah dengan mersedez yang ambo ada ni tetapi tak sampai 3 bulan segala-galanya berubah duduk di rumah sendiri dan duduk juga di rumah kerajaan.
Begitu juga dengan kenderaan terus beli mercedes baru yang lama di tinggalkan kononnya tidak sesuai untuk digunakan dengan tarafnya sebagai Menteri Besar yang inginkan cepat sampai ke temapt-tempat resmi yang dianjurkan oleh rakyat untuk melaksanakan program-program untuk rakyat masyaAllah....... cepat sangat berubah.
Selain dari itu beliau turut mengadap ke bawah Duli Tuanku Al Sultan Kelantan di Istana Balai Besar Kelantan dan mohon perkenan ke Bawah Duli Tuanku Al Sultan supaya digazetkan gelarannya sebagai Tok Guru Nik Aziz dan bukan lagi Ustaz Nik Aziz.
Berkenaan rumah kediaman pula kini dilihat rumah beliau di Pulau Melaka mempunyai 2pintu masuk, bahagian depan ikut sekolah agama yang didirikannya pada masa yang sama kita nampak rumah kayu yang tersergam berdindingkan papan buruk dan juga berlantaikan papan buruk juga kerusi yang usang tetapi jika masuk melalui pintu belakang didindingi dengan pokok-pokok pisang kita dapati satu banglo yang besar dan pintu belakang ini dikhaskan untuk para Exco mengunjunginya dan berbincang sesuatu.
Tetapi orang awam, rakyat jelata tidak dibenarkan masuk melalui pintu belakang kerana takut dilihat terlalu mewah begitu juga dengan kenderaan kini didapati segala jenis kenderaan dibelinya dengan pelbagai-bagai alasan yang telah diberikan kepada masyarakat dan penyokongnya.
Inilah dia gambaran keadaan dan lakonan Mursidul Am PAS....rupa-rupanya antara Penasihat PKR dan Mursidur Am sama-sama pandai berlakon belaka itulah dia kepura-puraan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment