Showing posts with label PARTIPOLITIK. Show all posts
Showing posts with label PARTIPOLITIK. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

KAUM INDIA KG BUAH PALA, PULAU PINANG MERADANG TERHADAP DAP PULAU PINANG..

OLEH : PEMIKIR - MM


Isu penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Pulau Pinang terus mendapat tempat dalam akhbar-akhbar tempatan. Ini merupakan isu pentadbiran tanah negeri di mana seramai 300 penduduk kampung itu telah diarah oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Jun 2009 untuk berpindah. Majoriti penduduk ini adalah penternak-penternak lembu yang sudah lama menetap di tanah itu dimiliki kerajaan tempatan. Dengan arahan mahkamah ini bermakna tanah ini diserahkan semula kepada kerajaan Pulau Pinang.

Kemarahan penduduk-penduduk kampung ini semakin meluap apabila kerajaan DAP Pulau Pinang belum bersikap tegas terhadap mereka. Penduduk-penduduk ini telah menyerahkan nasib mereka kepada pemimpin-pemimpin persatuan haram India iaitu Hindraf. Waythamoorthy, Pengerusi Hindraf telah melemparkan tuduhan-tuduhan kesat kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Beliau menuduh DAP dan Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kedudukan penduduk KG. Buah Pala. Mereka menganggap bahawa pemindahan tanah itu pada lewat Mac 2008 kepada badan koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang oleh Kerajaan Tempatan, adalah satu tindakan yang tidak menang-menang.

Penduduk-penduduk Kg. Buah Pala ini hanya hendakkan kebenaran untuk terus tinggal di Kg. Buah Pala. Penduduk-penduduk ini juga tidak berpuas hati dengan Dr. P. Ramasamy, Timb. Ketua Menteri II Pulau Pinang yang tidak memberi perhatian kepada kedudukan penduduk-penduduk ini.

Pemerhati berpendapat bahawa kerajaan DAP mengetahui masalah yang dihadapi oleh Penduduk Kg. Buah Pala. Oleh sebab ini adalah keputusan mahkamah maka Ketua Menteri negeri menghadapi kesulitan undang-undang untuk mengatasinya. perkara ini menjadi rumit apabila ini melibatkan koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan. Orang-orang India di Kg. Buah Pala itu tidaklah ramai, namun kesan dan keluhan mereka merebak dan ini memounyai implikasi negatif pada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Keadaan menjadi lebih sulit apabila berlaku lemparan tuduhan-tuduhan oleh kaum ini terhadap kerajaan DAP. Kaum ini juga menggunakan persatuan haram Hindraf untuk terus mengasak DAP Pulau Pinang. Menurut akhbat tempatan Tamil, majoriti kaum India sanggup dan bersedia meninggalkan PR dan DAP jika kes mereka tidak bapat diselesaikan.

Pada DAP Pulau Pinang, eloklah semak semula manifesto DAP yang mengandungi janji-janji pada pengundi anda.berterus teranglah jikalau tidak dapat menyelesaikan perkara ini dan terimalah kelemahan anda. Adalah tidak baik bagi DAP untuk berdiam diri kerana ini akan mendedahkan lagi bahawa janji-janji DAp selama ini adalah palsu.

Tuesday, September 2, 2008

JANGAN BUAT SESUKA HATI SAJA...

Oleh Awang Selamat

WAJARKAH 16 September yang merupakan hari ulang tahun penubuhan Malaysia, diisytiharkan cuti umum?
Awang lontarkan pertanyaan ini berikutan cadangan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mahukan lima negeri pembangkang berbuat demikian.

Rasanya tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuk Anwar mengemukakan cadangan yang popular seperti itu.
Pada Awang, ketika negara menuntut produktiviti yang tinggi bagi mencapai taraf negara maju pada 2020, cuti bukanlah penyelesaian kepada segala-galanya.

Yang lebih penting ialah pengisian dan memperhebatkan kesedaran rakyat terhadap signifikan 16 September.

Sebagai negara membangun, kita sudah menikmati begitu banyak cuti umum termasuk untuk ketiga-tiga perayaan kaum dan agama. Lagipun 31 Ogos sempena sambutan hari kemerdekaan, sudah diberikan cuti.

Mungkin cadangan Anwar sekadar muslihat mahu ‘mengubat hati’ rakyat kerana peluang beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti yang dicanangkan, makin tipis.

Nasihat Awang kepada Anwar supaya jangan terlalu yakin dan usahlah gundah jika apa yang dirancang tidak kesampaian.

Awang – Jawatan bukan segalanya.

Thursday, August 21, 2008

SELEPAS KANDANG BABI MEGA, UITM PULAK...

Oleh Mazlan Mahmud

Sebagai salah seorang produk UiTM, kami sesungguhnya bantah dengan cadangan Menteri Besar Selangor untuk membuka pintu kepada bukan Bumiputera. Entah apa gilanya cadangan ini selepas satu ke satu yang mencabar Islam dengan kandang babinya dan Melayu dengan UiTMnya pulak.

Saya diterima masuk UiTM pada tahun 1979 dengan rasa bangga pada ketika itu. ITMlah sahaja institusi pengajian tinggi yang menerima Gred Dua dan Gred Tiga MCE (Malaysian Certificate of Education). Pendek kata semua yang dapat masuk ITM adalah mereka yang tak diterima ke universiti lain. Kami adalah mereka yang "gagal" akedemiknya dari kampung-kampung dapat masuk ITM menjadi seperti "rusa yang masuk kampung".

Kursus-kursus yang kami ambil adalah yang tidak ada di U lain pada ketika itu, seperti Komputer Sains, Tourism, Art and Design, Fashion, Hotel, Mass Comm dan berbagai lagi. Diploma dan Diploma lanjutan kami tidak diiktiraf kerajaan pada ketika itu tetapi kami menjadi rebutan di kalangan Multinational Campany. Kami dilamar oleh MNC diakhir tahun pengajian lagi malah sebelum konvokesyen. Dalam masa yang sama mereka yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara pastinya akan mendapat cemerlang di U luar negara dan bersaing hebat dengan pelajar-pelajar antarabangsa.

Kalau dulu mereka hanya budak kampung yang masuk ITM diajar makan scramble egg, nasi kawah, sayur stappler, maggi mee dan hanya mampu memakai jeans lusuh. "Dating" di MamakTeria tangga seribu. Hanya mampu pakai motor Honda Cup recycle.

Hasilnya lihatlah sekarang "captain" di mana-mana juga syarikat multinational pastinya adalah bekas pelajar ITM atau sekarang UiTM. Mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan tokoh-tokoh korporat asing. Hari ini mereka hebat!

Seharusnya MB Selangor sedar kami jangan dicabar!. "Bonding" atau kesetiaan dan jatidiri kami bukan calang-calang.

AYUH BANGKITLAH BANGSAKU! RANAPKAN JEMBALANG INI SEBELUM KITA DIRANAPKAN!

Tuesday, August 12, 2008

UPKO MINTA " LEPASKAN" SAPP

Oleh Sumandakbayu

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UKPO) cadang supaya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakan menyokong usul undi tidak percaya terhadap PM.

Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok turut berkata adalah tidak adil untuk kenakan tindakan kepada SAPP sebab ada jugak pihak dalam parti Komponen BN yang bercakap macam ni tapi tidaklah selantang SAPP.

Persoalan yang saya nak kemukakan kepada Tan Sri kalo dalam parti dah mula undi tidak percaya dan parti tak boleh nak bagi tindakan baik jan buat parti. Ni kes macam 'anak lawan bapak' atau yang lebih baik lagi 'anak lawan mak' jadilah si Tanggang yang derhaka pada mak dan disumpah jadi batu.

Kalo nak lawan mak atau bapa kita ada cara yang betul ni persoalannya ialah SAPP mula 'tabur pasir'. Ke sana sini tabur cerita kepimpinan BN dah tak telus dan berlaku ketirisan dalam kepimpinan. Tak betul lah cara macam ni, rakyat 'Binggung' (keliru) sebab Presiden SAPP pernah jadi Ketua Menteri Sabah.

Kesimpulannya, rakyat Sabah nak tengok Datuk Yong betulkah sekarang ni membela nasib rakyat atau ada kepentingan diri. Hentikanlah drama bersiri ndak sudah laku sekarang rakyat Sabah pikir macam mana nak cari hidup......Datuk Yong kalo penat-penat ko 'tapau lah' parti tu sekali.

Saturday, August 9, 2008

MINDLESS KIT SIANG AT 54TH CPC

By Pemikir Negara

Lim Kit Siang should by now understand how the government works. He has been in parliament for a long time and by now he should focus on big matters. He should always remind himself to comment on measures to enhance the quality of life of Malaysians.

Lim Kit Siang should not allow himself to waste good time on trivial issues such as punctuality of arrivals of guests to ceremonies, specifically, 54th Commonwealth Parliamentary Conference. He should avoid from being presumptous about anything, particularly as an old MP. Keep abreast with events and development happening in Malaysia or in his Ipoh Timur area.

What he should do during the 54th Commonwealth Parliamentary Conference recently was to participate in the deliberations with several foreign delegates. Lim Kit Siang should delve in substantive matters rather than procedural. His job was not to watch the running of the conference, including, observing, who turned up or don’t during the session. The Prime Minister could not come because he had a matter of state to handle at that particular time. This is, indeed, a straight forward case and, therefore, distortions made by Lim Kit Siang in his blog were prematured.

Political observers found it amusing to see Lim Kit Siang, a so-called student of Alex Josey (Singaporean), desocialised himself from foreign delegates who wanted to know more about Malaysia and our Parliament. Perhaps, he might have even used the occasion to debase the Malaysian Parliament.

Our piece of advice to Lim Kit Siang is that as a senior politician, he should manifest positive outlook especially when attending a big conference of this nature. We would like to grade ‘E-‘ for his performance at the Conference.

Thursday, July 24, 2008

PENGERUSI MIC CAWANGAN DIDAKWA RASUAH

JOHOR BAHRU 24 Julai — Pengerusi MIC Cawangan Puteri Wangsa, M.Soorianarayanan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan rasuah.

Soorianarayanan, 61, dituduh membuat tuntutan palsu bagi seunit penghawa dingin bernilai RM3,500 di pejabat MIC di No. 17A, Jalan Beladau 26, Puteri Wangsa, Ulu Tiram, 19 Okt 2005, sedangkan alat itu tidak dibekalkan dan dipasang di pejabat itu.

Mengikut kertas pertuduhan, Soorianarayanan sebagai ejen kepada MIC dengan disedari menggunakan Borang A iaitu pengesahan terimaan mengenai bekalan yang dibekal melalui peruntukan kerajaan, dengan niat memperdayakan prinsipal iaitu kerajaan negeri Johor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal Rashid Hussain membenarkan Soorianarayanan diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 23 Sept ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala Soorianarayanan diwakili peguam Vijaya Sandran. — BERNAMA

Wednesday, July 23, 2008

BUMBUNG RUNTUH, DAP JATUH

PULAU PINANG 23 Julai — Keadaan di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini kecoh apabila plaster siling sepanjang kira-kira empat meter di bahagian tengah lobi bangunan itu jatuh dan hampir menimpa orang ramai yang duduk di bahagian tersebut.

Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kecederaan kerana ramai yang berada di lobi dewan itu sedang menyaksikan sidang DUN yang sedang berlangsung melalui skrin televisyen yang terletak di bahagian tepi lobi itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ditemui pemberita berkata beliau telah mengarahkan siasatan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Ini adalah bangunan warisan, jadi kita kena sentiasa melakukan pemeriksaan dan pastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng berkata beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat kejadian itu.

“Saya akan minta JKR siasat kejadian itu dan membaiki siling yang rosak,” katanya yang turut memberi jaminan bahawa bangunan itu selamat digunakan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku kerana kerja-kerja penyelengggaraan yang tidak sempurna. - Bernama

Tuesday, July 22, 2008

JANGAN BERSENGKETA DAN BERCAKARAN

Oleh Pemikir Negara

Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menegaskan muzakarah antara UMNO dan PAS adalah satu perangkap. Ia adalah perangkap disediakan UMNO untuk melemahkan PAS dan seterusnya menghancurkan parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam.

Kenyataannya itu bercanggah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengaku wujudnya muzakarah berkenaan bertujuan untuk membincangkan isu yang membabitkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz membuat kenyataan itu? Adakah kerana beliau tidak dipanggil untuk menghadiri muzakarah itu menyebabkan beliau tidak setuju? Atau adakah beliau tidak mahu jawatan Menteri Besarnya tergugat hasil daripada muzakarah itu? Atau adakah beliau sudah berselisih faham dengan Datuk Seri Abdul Hadi?

Sepatutnya, Nik Aziz mengalu-alukan usaha untuk menyatupadukan pemimpin Melayu dalam memperjuang dan mempertahankan hak bangsa Melayu dan kepentingan Islam. Penyatuan ini penting bagi memastikan tiada pihak yang berani mempertikaikan segala hak yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Tindakan sesetengah pihak mempersoalkan hak orang Melayu kebelakangan ini amat tidak sihat dalam negara yang mencapai kemerdekaan hasil titik peluh pejuang negara pelbagai kaum yang mahu tiada perbalahan dan persengketaan.

Semua rakyat negara ini sudah pasti tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang. Semua rakyat negara ini sudah pasti mengutuk pihak yang cuba memainkan sentimen perkauman sempit terutama mempertikaikan hak bangsa Melayu di negara ini.

Tindakan itu boleh diibaratkan sebagai apabila seorang tuan rumah sudah menganggap tetamunya sebagai keluarga mereka tiba-tiba diserang oleh tetamu berkenaan dengan menganggap apa yang ada dalam rumah itu bukan haknya tetapi perlu dikongsi bersama.

Sebagai tuan rumah, sudah tentu beliau rela untuk berkongsi bersama segala peralatan seperti kerusi meja, pinggan mangkuk atau sebagainya tetapi kecewa apabila tetamu berani mempertikaikan hak tuan rumah termasuk hakmilik.

Marilah kita bersama menjaga sensitiviti antara satu sama lain demi memastikan Malaysia terus selamat, aman dan makmur.

Tuesday, July 15, 2008

UMNO DAN PAS PERLU BERGABUNG DEMI MELAYU

Oleh Pemikir Negara

Dua parti berteraskan Melayu - UMNO dan PAS - perlu bergabung demi kepentingan bangsa Melayu di negara ini.

Pemimpin kedua-dua parti perlulah meletakkan kepentingan agama dan bangsa terlebih dulu daripada kepentingan politik masing-masing.

Pergabungan ini penting bagi memastikan nasib bangsa Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh pihak lain kerana dinaikkan semangat oleh pemimpin PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

Oleh kerana pihak lain melihat ada pemimpin Melayu yang memperlekehkan segala agenda Melayu termasuk memperjuangkan nasib Melayu, maka mereka bertindak dengan membuat sesuka hati termasuk membuat forum kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Mereka mula mempersoalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Amat menyedihkan pemimpin Melayu dalam PKR ini dijadikan "puppet" atau boneka oleh pemimpin muda PKR yang terdiri daripada peguam-peguam yang lantang mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh kerana ingin menunjukkan mereka bersama peguam-peguam muda ini, pemimpin Melayu PKR sanggup memperjudikan martabat bangsa Melayu dengan membiarkan mereka membelasah pemimpin Melayu sebelum ini seperti bekas Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara.

Inilah agenda mereka sebenarnya untuk memalukan bangsa Melayu dan menggambarkan mereka adalah perompak terbesar di negara ini yang menggunakan segala kuasa untuk mendapatkan apa yang diingini.

Pemimpin UMNO dan PAS perlu duduk semeja memikirkan apa yang terbaik untuk bangsa Melayu sekarang agar mereka tidak terus dihina dan diperlekehkan. Fikirlah dengan matang demi untuk maruah dan martabat bangsa Melayu.

Jika kedua-dua parti itu bergabung, negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh pembangkang boleh dikembalikan kepada Barisan Nasional dan menggelakkan kerajaan negeri dikawal oleh DAP yang ibarat seperti buaya yang membuka mulut yang besar. Habis tanah di Perak diagih-agihkan untuk kepentingan pihak tertentu. Peraturan pemilikan tanah juga diubah.

Buaya ini menerima arahan daripada Perak dan Pulau Pinang untuk bertindak mengikut sesuka hati mereka tanpa memperdulikan apa yang dijaga dan dipelihara demi kepentingan semua kaum dan bangsa di negara ini.

SIAPA KAWAN ANWAR DI AMERIKA?

Oleh Ejen 007

Jika anda tahu siapa kawan DSAI di Amerika Syarikat, anda akan tahu mengapa beliau diberikan penghormatan permaidani merah di negara itu satu masa dulu.

DSAI ramai kawan yang menjadi ahli persatuan tertentu seperti Triple A termasuk imam wanita yang kontroversi dan pemimpin Sudan.

Oleh itu, bersedialah untuk menerima kedatangan kawan-kawan ini jika beliau berjaya menjadi PM di negara ini. Itu baru kawan belum lagi kita memikirkan agensi tertentu.

Monday, July 14, 2008

REOPEN PROBE INTO DECLARATIONS ON WAR CHEST

GEORGE TOWN: Police should reopen investigations into the statutory declaration made by former Bank Negara assistant governor, Datuk Abdul Murad Khalid, alleging that Datuk Seri Anwar Ibrahim had a war chest amounting to RM3bil.

Former PKR Youth chief Ezam Mohd Nor, in making the call, said the move was to be expected should police decide to proceed with the investigations into private investigator P. Balasubramaniam’s first statutory declaration that had been retracted.

He said police should, by right, reopen investigations into the statutory declaration by the former Bank Negara deputy governor in 1998 that was also retracted.

“The RM3bil war chest is a serious allegation and it is only fair that the police look into Abdul Murad’s statutory declaration,” he said after meeting Umno branch leaders on Saturday night.

Ezam, who was Anwar’s political secretary when he was Deputy Prime Minister, dismissed the possibility that the de facto leader of PKR could convince 30 Barisan Nasional MPs to leave the coalition and join Pakatan Rakyat member parties.

“It is just a political gimmick and Anwar himself knows that it is impossible,” he said.
He also repeated the reasons why he left PKR saying that Anwar’s move to abolish the New Economic Plan would affect the Malays long term.

“That was when I told myself that it was time for me to leave PKR struggles for the sake of keadilan (justice),” he said.

Former PKR Permatang Pauh division head, Anuar Shaari, said that Anwar was not fighting for keadilan but for himself to achieve his dream of becoming Prime Minister.

“He is willing to do anything to achieve his dream, even if it were to upset the professionals including the police and doctors when their credibility is questioned,” Anuar said.

Sunday, June 22, 2008

SAPP SEDIA HADAPI TINDAKAN

SANDAKAN, 22 Jun (Bernama) -- Parti Maju Sabah (SAPP) bersedia menghadapi apa juga tindakan berikutan keputusan dewan tertinggi parti itu menyokong cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"SAPP bersedia dengan apa juga tindakan dari sesiapa, sama ada dari atas, bawah, kiri dan kanan," kata presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee di sini Ahad.

Beliau, yang ditemui pemberita selepas mengadakan taklimat khas kepada Ketua Enam Zon SAPP di sini, berkata sekiranya SAPP disingkirkan dari Barisan Nasional (BN) maka kuasa mendesak bagi parti komponen dari Sabah akan meningkat.

Menurutnya jika SAPP disingkirkan dari BN, masih ada lagi wakil parti komponen BN Sabah dalam gabungan itu.

Namun, beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku, jangan pula parti komponen BN di Sabah menganggap ia sebagai peluang mereka untuk merebut jawatan yang dikosongkan oleh parti itu terutama dalam kabinet negeri.

Jika ini berlaku memang menyedihkan kerana apa yang penting adalah mereka perlu menggunakan peluang itu bagi menuntut isu-isu untuk Sabah, katanya.Jumaat lepas, dewan tertinggi SAPP sebulat suara menyokong cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdulah, yang juga Pengerusi BN.

Dalam pada itu, taklimat khas yang diadakan di Pejabat Dewan Undangan Negeri Elopura turut dihadiri wakil rakyatnya Au Kam Wah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda SAPP.

Difahamkan Timbalan Presiden SAPP yang juga wakil rakyat Tanjung Papat Datuk Raymond Tan Shu Kiah tidak hadir pada taklimat itu kerana berada di Kota Kinabalu.Au dan Tan adalah antara pemimpin SAPP yang menentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Yong itu.

Yong berkata dalam taklimat itu beliau turut menyentuh kedudukan SAPP dalam BN dan akibat yang mungkin berlaku berikutan tindakan parti itu.

"Saya ingin memberikan gambaran jelas dan mereka menyatakan sokongan kepada keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan SAPP itu," katanya sambil menambah latar belakang politik, isu-isu Sabah, kenaikan harga minyak turut diperjelaskan dalam taklimat itu.

Taklimat itu dihadiri ketua-ketua cawangan SAPP di Zon Elopura, Tanjung Papat, Karamunting, Sungai Sibuga, Sekong dan Gum-Gum.

Monday, June 9, 2008

MCA MINTA HAPUSKAN CUKAI JALAN

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- MCA Selangor hari ini meminta kerajaan pusat menghapuskan cukai jalan bagi semua kenderaan untuk meringankan beban kewangan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar dan kemungkinan peningkatan tarif tenaga elektrik di negara ini.

Ketika menyuarakan gesaan itu, ketuanya Datuk Ong Tee Keat juga mencadangkan agar bayaran tol di Selangor - negeri yang mempunyai paling banyak jalan raya bertol di negara ini - turut dihapuskan.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata keputusan itu diambil hasil daripada perbincangan antara pemimpin MCA negeri dan anggota peringkat akar umbi.

Katanya cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan tidak lama lagi.

"Ini bukan keputusan peribadi saya. Sebagai Menteri Pengangkutan, saya perlu memberi perhatian terhadap suara rakyat dan membawanya kepada Kabinet serta menteri berkenaan seperti Menteri Kewangan dan Menteri Kerja Raya untuk pertimbangan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Selangor di sini, Isnin.

Berikutan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing sebanyak RM2.70 dan RM2.58 seliter mulai Khamis lepas, kerajaan membuat keputusan memberi rebat tunai RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin hingga 2000cc serta kenderaan pikap dan trak dengan kapasiti enjin hingga 2500cc dan RM150 kepada pemilik motosikal dengan kapasiti enjin kurang daripada 250cc.

Kerajaan juga akan memberi potongan cukai jalan sebanyak RM200 bagi kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin lebih 2000cc dan RM50 bagi motosikal dengan kapasiti enjin lebih 250cc. Kini, kenderaan persendirian yang menggunakan enjin kurang 2000cc (petrol) dikenakan cukai jalan antara RM55 dan RM380 setahun, manakala kenderaan yang menggunakan enjin lebih 2000cc dikenakan RM381.

Dalam isu berkaitan, Ong berkata penyusunan semula sistem pengangkutan awam di negara ini memerlukan kerjasama menyeluruh daripada pelbagai kementerian. Mengenai sistem pengangkutan rel pula, beliau berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan, termasuk audit mengenai kos dan keselamatan sistem itu, meningkatkan kapasiti tren (LRT dan KTMB) dan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB mencapai standard antarabangsa.

Monday, May 12, 2008

PAS DAN PKR IKUT KATA DAP

Parti PAS dan PKR sudah tidak relevan lagi memandangkan sebelum ini PAS yang gah dengan konsep negara Islam sudah sepi dengan perjuangan itu. Manakala PKR yang kononnya selalu memperjuangkan dan melaungkan keadilan serta hak-hak rakyat tidak mampu menyatakan pendirian mereka terhadap Karpal Singh yang dilihat telah menghina institusi raja sebagai ketua agama Islam.

Apa yang diperkatakan khairy sangat tepat, iaitu Pakatan Rakyat adalah menjurus "public relation" semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka mempunyai hubungan kerja yang baik sedangkan mereka tidak mampu menegur atau menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Karpal Sigh. Adakah mereka menyokong apa yang diperkatan oleh Karpal atau hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam isu ini PAS tidak melenting malah hanya mendiamkan diri, apatah lagi PKR? Inikah wakil rakyat yang perjuangkan hak rakyat melayu yang beragama Islam?

Mereka tidak melihat ini suatu ancaman kepada generasi akan datang, mereka tidak menilai sedalam-dalamnya kepada kontrak sosial yang telah dimeterai suatu ketika dahulu. Apakah hanya mahu mendapatkan populariti sahaja sedangkan tidak mampu mempertahankan institusi raja? Lebih dari itu, Pakatan Rakyat yang dengan jelas seolah-olah mengikut telunjuk DAP. Buktinya ialah di Selangor Projek Babi diutamakan, berbanding janji-janji mereka yang lain, sedangkan projek tersebut tiada dalam manifesto PKR Selangor. Itulah dia Projek Khinzir Raksasa (PKR). Tambahan pula sejak dari awal sidang parlimen lagi kita sudah melihat dominasi DAP dalam Pakatan Rakyat, terutamanya Karpal Singh bersama anaknya dan Lim Kit Siang pun begitu.