Thursday, July 3, 2008

TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA DAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

oleh : ATH

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan berasa lega dengan tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan latihan bersama bagi menghadapi sebarang tindakan jahat mana-mana kumpulan yang bertujuan menimbulkan kekacauan dan mengganggu gugat ketenteraman awam di negara ini.

Latihan bersama ini sangat sesuai dengan masanya memandangkan wujudnya kumpulan dan orang-orang tertentu yang mengambil peluang daripada sikap keterbukaan kerajaan untuk mencetuskan keadaan huru-hara dan ketenteraman awam yang telah banyak mengganggu kehidupan rakyat dan menjejaskan iklim pelaburan di negara ini.

Tindakan Anwar Ibrahim menghasut rakyat, kononnya beliau dianiaya oleh satu pakatan politik melalui perhimpunan dan ceramah haramnya boleh menimbulkan keresahan dan ketidaktentuan di kalangan rakyat. Adalah dikhuatiri jika kerajaan tidak mengambil langkah untuk membendung kegiatan DSAI ini dan pengikut-pengikutnya, keadaan keselamatan negara akan terancam.

Langkah pencegahan (preventive) adalah lebih berkesan dan cost effective daripada merawat (curative) dalam pengurusan keselamatan. Justeru, tindakan bersama Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera mengadakan latihan bersama itu patut diberi pujian dan merupakan satu jihad demi menjaga keamanan dan keselamatan negara dan rakyat. Syabas..

No comments: