Tuesday, July 8, 2008

PAKATAN RAKYAT MALU LAGI

OLEH : TULIP DESA

Pakatan Rakyat atau Pakatan Rapuh tidak habis-habis menimbulkan masalah. Mungkin ini salah satu cara untuk mereka mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian rakyat. Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun anjuran Pakatan Rakyat ternyata gagal dan mencetuskan kontroversi. Dengarnya, kehadiran tidak mencapai sasaran penganjur apabila sejumlah 5,000 orang sahaja yang hadir menyertai perhimpunan tersebut.

Sebelum ini penganjur meuar-uarkan bahawa seramai sejuta rakyat akan hadir tetapi nampaknya gagal mencapai matlamat kerana ia dihadiri oleh penyokong fanatik di kalangan pembangkang. Niat mereka untuk memprotes kenaikan harga minyak yang bertujuan untuk menghentam Kerajaan juga meleset apabila dicemari dengan insiden memalukan apabila seorang penyanyi jemputan bertindak liar membuka seluar di hadapan pengunjung yang hadir tatkala waktu solat maghrib sudah hampir.

Penyanyi utama kumpulan Karburetor Dung dikatakan bertindak membuka seluarnya dan membelakangkan dirinya ke arah hadirin sambil menjerit jilat berkali-kali ketika membawa lagu bertajuk 'Jilat'. Beliau diundang oleh pihak penganjur sebagai selingan antara ucapan para pemimpin pembangkang sebelum menunggu ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengapakah penganjur membenarkan persembahan liar itu berlansung? Persembahan ini benar-benar menjatuhkan air muka penganjur Pakatan Rakyat yang begitu taksub sebelum ini hendak mengajar Barisan Nasional menurunkan harga minyak. Tulip merasa begitu malu dengan tindakan Pakatan Rakyat di mana salah satu parti terajunya memperjuangkan agama tetapi sanggup menghidangkan persembahan yang menjelekkan kepada rakyat.

Perhimpunan itu tiada istimewanya, hanya majlis menghentam kerajaan dan kepimpinan negara. Warga kota janganlah terikut-ikut dengan perhimpunan-perhimpunan seperti itu yang meninggalkan kesan yang tidak baik kepada imej negara. Sewajarnya, kenaikan harga minyak dan barangan keperluan ditangani dengan mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat bukannya dengan perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang dilihat sebagai gimik politik pembangkang. Janganlah asyik hendak mencari kesalahan orang lain, diri sendiri perlu diperbetulkan dahulu. Baru setahun jagung memerintah, ada hati hendak mengajar Barisan Nasional yang telah ternyata membawa kemajuan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara.

2 comments:

Anonymous said...

Perbuatan kumpulan karburetor tu melambangkan kebencian dan kemualan mereka terhadap BN (babi negara), tak faham ker bodoh.

Itu kira tak apa diaorang buat terang2 nak tunjuk pada BN, in other words "BONTOT LA BN"

Pada saya mereka ini tidak HINA malah mereka berbuat demikian dengan tujuan MENGHINA BN. Yang paling HINA ialah BN, penuh dengan tipu helah, penfitnah, pembunuh, penzina, penindas, peliwat dan yang sejenis dengannya.

Ya Allah ya tuhan semesta alam yang maha pemurah dan maha penyayang dan yang maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat, kau BINASAKANLAH BN, orang2 yang didalamnya dan yang serupa dan sejenis dengannya, demi maruah agamaMu yang telah dihina dan dipermainkan. Ku pautkan doa ini kerna aku takut akan azab Mu ya Allah yang pasti datang apabila fitnah telah bermaharajalela. Kami yang berusaha menegakkan agamaMu ya Allah dihina dan kepada kau sajalah tempat kami berlindung. Kesihanilah kami dan maafkanlah kami ya Allah.
Robba atina fitdunyahassanah wafilahiratihassanah wakinaazabannar. Wassallahualasyaidina mohammad waalaalihiwassahbihiwassalam walhamdullillah hirabbila'lamin.

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

terima kasih atas komen saudara, dan sekarang baca komen yang saya attachkan di bawah ye.

komen ini ditulis oleh saudara melayu baru..

adegan tunjuk punggung dengan seluar terlondeh oleh penyanyi Alak dari kumpulan rock underground Carburetor Dung sempena perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada 6 Julai lalu bukan saja bertentangan dengan tata susila budaya Melayu malah mencemar imej Islam.

Tetapi oleh kerana penganjurnya adalah parti pembangkang seperti PKR, Pas dan DAP, ia tidaklah begitu mengundang protes.

Bayangkan kalau adegan itu terjadi dalam program anjuran BN atau UMNO, tidak cukup sebulan mereka membantah. Pemuda Pas pasti akan ke hadapan menjuarai isu itu.

Bagaimanapun apabila terkena batang hidung sendiri semuanya membisu. Mana suara Pemuda Pas yang memprotes persembahan Ella sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, kononnya bertentangan dengan syariat Islam?

Cuba bandingkan persembahan Alak dengan Ella, mana lebih bersopan?

Senikata lagu yang dinyanyikan oleh Alak amat kurang sopan. Kita berasa jijik hendak menyebutnya. Dalam rangkap terakhir lagu itu, perkataan ‘jilat’ diulang berkali-kali dan ditutup dengan baris yang lucah dan kotor. Inikah cara Islam?

Inilah kuasa yang hendak Tuhan tunjukkan. Mereka hanya nampak kesalahan orang lain tetapi pekung di dada sendiri disorok. Sebab itu Pemuda Pas yang kononnya mentarbiah rakyat, harus ada ilmu dan faham tata susila, bukan hentam sahaja.

Yang menariknya Pemuda Pas mencadangkan supaya Mawi dan kumpulan nasyid membuat persembahan bagi menggantikan Ella. Tetapi anehnya dalam Perhimpunan Sejuta Rakyat, mereka mengundang kumpulan underground yang sudah memang diketahui sifat dan imej persembahan yang liar. Apakah hukum Islam ini berbeza-beza mengikut fahaman politik?

Ini mungkin kerana penganjuran perhimpunan itu dipengerusikan oleh tokoh muda Pas, Dr. Hatta Ramli maka pertunjukan itu dianggap tidak melanggar budaya Melayu dan syariat Islam.

Kita ingin sangat menunggu komen Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Dr. Hatta sendiri, mengenai adegan tunjuk punggung itu.

Ini kerana Pas adalah penganjur utamanya.

Inilah satu daripada keaiban yang Allah tunjuk kepada Pakatan Rakyat yang kerjanya hanya mencari kesalahan pihak lain dan melempar pelbagai fitnah kepada musuh politik maka Allah balikkan ke muka mereka yang kononnya memperjuangkan syariat Islam.

Nasihat kita khususnya Pemuda Pas, jika benar-benar hendak menegakkan Islam kita hendaklah melihat ke dalam diri kita dulu. Jangan mudah menuduh itu tidak Islam, ini tidak Islam. Jangan menganggap seolah-olah kita sahaja yang Islam.

Yang jelas, mereka yang menganjurkan perhimpunan itu sudah merosakkan budaya Melayu dan syariat Islam.

MELAYU BARU