oleh : Tulip Desa
MP Ipoh Timur berkelakuan tidak beradab dan kurang ajar apabila mendakwa Yang Dipertua tidak adil dan bersifat dendam apabila memberi peluang MP lain mengutarakan soalan. Adakah beliau masih tidak tahu peraturan dalam Dewan Rakyat setelah sekian lama berada di Parlimen yang diibaratkan sebagai rumah kedua. Seharusnya MP Ipoh Timur hormat dengan segala keputusan yang dibuat oleh Yang DiPertua.
Tulip merasakan MP daripada kalangan pembangkang sering mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parlimen. Memang sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang suka memperbesarkan perkara yang kecil dan mencari kesalahan orang lain. Tidak tahulah samada mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham. Rasanya berulang kali Yang DiPertua mengingatkan peraturan ketika berada di dalam dewan.
Tulip juga bersetuju dengan cadangan MP Pasir Salak yang meminta Yang DiPertua mengambil tindakan atau minta MP pembangkang keluar daripada dewan sekiranya bersikap tidak 'semenggah' di dalam Dewan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment