Showing posts with label MENTERI. Show all posts
Showing posts with label MENTERI. Show all posts

Thursday, August 28, 2008

KIT SIANG JANGAN JADI PENGECUT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz, meminta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, jangan jadi pengecut atau "coward" dengan memembuat tuduhan terhadap nama orang yang sudah tiada di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Kit Siang mengenai Projek Mahathir yang memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

DS Nazri menegaskan dakwaan itu tidak betul dan kerajaan tidak pernah memberi kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin atau pendatang haram.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Sepanggar, DS Nazri berkata, pendatang tanpa izin yang menggunakan nama bapanya sudah ditangkap dan dihantar balik ke Filipina.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak mengambil DNA mereka yang ditangkap kerana rang undang-undang itu belum diluluskan lagi.

Tuesday, August 19, 2008

MENTERI PENERANGAN TERIMA UNDANGAN

Oleh Malay Success

Apabila Debat yang berlangsung baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan, mungkin ada pihak yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa Menteri Penerangan pula yang menjadi calon untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Kenapa tidak pihak lain yang lebih patut menjawab soalan-soalan yang kontroversi itu ? Jawapannya mudah sahaja.Penganjur adalah pihak Agenda Daily, sebuah laman blog politik yang begitu popular.

Jadinya, penglibatan Menteri Penerangan itu hanyalah menyahut undangan daripada pihak penganjur atas rasa bahawa perkara tersebut adalah lebih baik dibincangkan daripada mengadakan demonstrasi jalanan sebagaimana yang sering dianjurkan oleh pihak tertentu.

Pemimpin yang berani mengambil tanggungjawab seperti inilah yang perlu dijadikan teladan oleh generasi muda. Jangan hanya pandai melakukan perkara luar kebiasaan seperti berarak di jalan raya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, sedangkan perkara sedemikian hanyalah membawa lebih bencana kepada rakyat terutama golongan peniaga, penjaja, pelajar, pelancong serta kanak-kanak yang dieksploitasi.

PUSAT DAN NEGERI PERLU JAGA KAWASAN WARISAN

Menteri Kebudayaan, Perpaduan dan Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal, berkata kerajaan akan sentiasa memelihara bangunan dan tempat-tempat bersejarah seperti mana yang terkandung dalam undang-undang sedia ada.

Menurutnya, ini untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh merosak dan menjejaskan tempat-tempat bersejarah itu.

Bagi Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang, ada garis panduan yang menentukan "buffer zone" agar tiada pembangunan pesat yang boleh menjejaskan tempat itu.

DS Shafie berkata, kementerian juga mahu tempat dan bangunan yang mempunyai "historical value" harus dijaga bersama oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri ini penting bagi memastikan kawasan warisan sejarah dunia ini dapat dijaga, yang pasti menjadi tempat menarik untuk pelancong.
***************************************************************************

Wira berpendapat semua kerajaan negeri terutamanya pembangkang perlu menjaga kawasan warisan sejarah ini dengan baik bagi memastikan ia sentiasa "terselamat" sepanjang masa.

Jangan kerana hendak memberikan tanah tertentu kepada kroni kerana baru dapat kuasa memerintah negeri, kerajaan negeri pembangkang tidak mempedulikan tempat bersejarah itu. Ketika itu, semua orang akan rugi kerana bangunan pun sudah "hancur dan hilang".

Monday, August 18, 2008

PROSES MENGUNDI POS TIDAK DIHAPUSKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Aziz Tan Sri Aziz, berkata proses mengundi secara pos tidak boleh dihapuskan kerana menjadi hak asasi rakyat Malaysia yang terlibat dalam pilihanraya dibenarkan untuk mengundi seperti termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

Bagaimanpun, beliau mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memantapkan kaedah itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan beberapa Ahli Parlimen pembangkag dan pertanyaan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Radin Mokhtar.

Mengenai penggunaan dakwat, beliau berkata ia sedang dikaji oleh SPR.

****************************************************************************************
Pertanyaan mengenai undi pos itu dibawa oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, yang tidak pandai berbahasa Malaysia. Cara beliau menyoal pun dipertikaikan oleh ramai Ahli Parlimen lain kerana teragak-agak dalam menggunakan bahasa Malaysia.

Wira berpendapat isu undi pos ini sering ditimbulkan oleh pembangkang seiring dengan tuduhan bahawa SPR tidak telus atau berat sebelah. Bagaimanapun, selepas menguasai lima negeri pembangkang nampaknya senyap seolah-olah mengakui SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

Tetapi mereka masih lagi menimbulkan isu "undi pos" ini kerana bagi mereka ia banyak memberi keuntungan kepada Barisan Nasional sedangkan pengundi pos tidak memberi undi kepada mereka. Itu sebabnya mereka mahu undi pos ini dihapuskan.

Untuk pengetahuan pembangkang terutama Ahli Parlimen baru, undi pos ini adalah salah satu proses pilihanraya yang termaktub dalam undang-undang pilihanraya. Ia membenarkan mereka yang perlu bertugas ketika pilihan raya seperti anggota SPR, tentera, polis dan keselamatan lain, untuk mengundi.

Oleh kerana banyak undi pos itu memberikan kelebihan kepada BN, maka pembangkang mula menimbulkan "kesangsian" kepada rakyat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan undi pos itu seperti usaha mereka mempertikaikan SPR.

Persoalannya, apakah jika undi pos menyebelahi mereka, maka ia tidak perlu dihapuskan? Inilah prinsip pembangkang yang selalu mahu menimbulkan masalah yang tidak menguntungkan mereka.

SINGAPURA TIDAK BOLEH BERTINDAK SEWENANG-WENANGNYA

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menegaskan kerajaan bersyukur dengan keputusan ICJ memberikan Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepadanya walaupun kecewa dengan penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Dalam pada itu, beliau berkata, Singapura tidak boleh bertindak secara sewenang-wenangnya berhubung pengumuman zon eksklusif ekonomi adalah terkeluar daripada prinsip-prinsip perundangan antarabangsa.

Tambahan pula, katanya, republik itu juga tiada mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Dr Rais berkata, tuntutan Singapura sehingga 12 batu adalah satu tidak boleh dierima secara praktikal atau teori. Ia berlawanan dengan prinsip batuan yang bukan sebagai pulau, kepentingan kehidupan dan faktor lain. Singapura juga diberitahu untuk memberhentikan segala kegiatan di situ.

Beliau berkata, bantahan itu dizahirkannya secara lisan kepada rakan sejawat dalam pertemuan Mesyuarat Menteri ASEAN di Singapura dan bantahan bertulis pada 1 ogos 2008.

Menteri Singapura diingatkan tindakan berlawanan dengan asas Asean.

Malaysia akan terus bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal yang menjalankan tugas bersama termasuk mengikut secara maritim dan daratan, pengukuran hidropgrafik dan penyaluran perkapalan.

Malaysia juga akan meletakkan simbol-simbol kedaulatan negara di Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Selain itu, kerja-kerja dan pengawasan dilakukan di Pulau Batu Putih dan Batuan Tengah.

Dr Rais juga pemilikan dokumen tertentu (yang diusulkan oleh Singapura) tidak mudah dijurus kerana sumber-sumbernya tidak ada di negara ini.

Beliau menegaskan Malaysia tidak pernah berhenti untuk menyusulkan dokumen itu. Oleh itu, beliau meminta rakyat menerima keputusan itu dan kibaran bendera Malaysia di Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan kedaulatan negara di kedua-dua batuan itu.

Tuesday, August 5, 2008

JANGAN MAIN API, TERBAKAR NANTI

SELASA : Perbincangan tentang dampak pertukaran agama seperti kes R Subashini dan S Shamala ibarat "bermain dengan api" dan "boleh membangkitkan salah faham", kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Mengulas cadangan Majlis Peguam membangkitkan dua kes itu dalam forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, pada Sabtu ini, beliau berkata:

"Anda bermain dengan api yang kita ingat sebagai satu unsur kebebasan dan hak kita.

"Jangan kita fikir dalam melaksanakan hak, orang lain juga tidak mempunyai hak, jadi akhirnya dia boleh membangkitkan salah faham."

Beliau juga dilaporkan berkata: "Saya tak tahu apa matlamatnya, apa isu kandungannya (forum), soal ini dalam negara kita ada proses dan prosedur.

"Kalau ada perkara yang kita tidak puas hati, ada forum (cara) untuk kita menyelesaikan masalah tersebut, bukan melalui perbincangan terbuka yang boleh membangkitkan salah faham atau ketegangan."

Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) juga mempersoalkan program Majlis Peguam itu dengan menganggapnya "kurang bersesuaian dan boleh menimbulkan salah tanggapan di kalangan masyarakat."

Setiausaha agungnya Khairul Ariffin Mohd Munir mencadangkan perbincangan isu dianjurkan secara tertutup "dalam kalangan mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan."

"Walaupun Abim mendukung prinsip kebebasan bersuara dan demokrasi tetapi dalam realiti negara kita, persoalan yang boleh membangkitkan sentimen agama dan kaum harus ditangani dengan lebih berhati-hati dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, mengulas ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jakim semalam dilaporkan menggesa Majlis Peguam "mendidik rakyat mematuhi setiap keputusan mahkamah, termasuk membabitkan hak orang Islam dan hak keistimewaan orang Melayu" seperti termaktub dalam perlembagaan.

Wan Mohamad berkata penganjur forum berkaitan hak Islam dan berasaskan kes yang diputuskan di mahkamah membabitkan orang Islam, ia seperti cuba mempertikaikan keputusan badan kehakiman.

Tuesday, July 29, 2008

TIADA DESAKAN TIDAK BERTANDING

KUANTAN 28 Julai - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan beliau untuk tidak bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Disember ini bukan atas desakan sesiapa.

Beliau menegaskan, keputusan itu sebaliknya dibuat bagi mengelakkan dirinya dituduh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen ketika menghadiri majlis tertentu dalam kementeriannya.

Beliau juga berbuat demikian kerana mahu memberi contoh kepada mereka yang mengetuai pelbagai jabatan di bawah kementerian supaya tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

”Saya kekal dengan keputusan tidak bertanding untuk jawatan ahli MT dalam pemilihan akan datang, tak ada desakan.

”Saya buat begini sebab saya nak jadi contoh, kalau saya sebagai Menteri Penerangan tidak bertanding, tidak mengggunakan kedudukan saya, jadi saya minta supaya jentera saya di peringkat bawah juga boleh mencontohi saya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan watikah kepada anggota-anggota Majlis Perundingan Belia daerah Kemaman di Cherating dekat sini malam tadi.

Ahmad Shabery ditanya mengenai pemilihan parti hujung tahun ini yang menyaksikan beberapa pemimpin UMNO menawarkan diri untuk merebut jawatan sebagai naib presiden dan ahli MT.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementeriannya mempunyai banyak jabatan yang terlibat dalam program penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada segenap lapisan rakyat termasuk ahli UMNO.

Pada masa yang sama, beliau sendiri terdedah dengan kerja penerangan dan kadangkala bercampur-aduk antara kerja kementerian dan parti, malah ada kalanya bertemu ketua cawangan dan penduduk kampung.

Sehubungan itu, katanya, beliau memilih jalan tengah untuk tidak menawarkan diri merebut sebarang jawatan pada pemilihan parti supaya segala program yang dihadiri tidak disalahertikan.

”Saya bimbang ada pihak yang menyalahtafsirkan saya mengambil kesempatan menggunakan jentera kerajaan untuk mempromosikan diri dalam program kementerian.

”Lebih baik saya bersifat neutral supaya semua program Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Penerangan tidak dilihat untuk mempromosikan diri saya,” katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu UMNO mengambil kira pandangan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sebelum bermuzakarah dengan Pas.

Menurutnya, Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari perkara itu sejak awal lagi.

”Saya juga yakin Perdana Menteri akan berbincang dengan parti-parti komponen BN terutama MCA, MIC dan Parti Gerakan sebelum muzakarah dengan Pas diadakan,” ujarnya.

Saturday, July 26, 2008

YAKINLAH USAHA KERAJAAN TANGANI MASALAH

BUTTERWORTH 26 Julai — Kerajaan sentiasa ikhlas, jujur dan sedia mengambil tindakan berani dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu rakyat menghadapi sebarang masalah, khususnya berkaitan dengan ekonomi.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kesungguhan dan keberanian kerajaan selama ini terbukti apabila ia berjaya berjaya membantu rakyat mengharungi pelbagai krisis ekonomi yang dihadapi negara, yang kini dilihat seakan-akan melanda setiap 10 tahun sekali.

Beliau berkata selepas 12 tahun negara mencapai kemerdekaan, ia menghadapi ujian pertama pada 1969, diikuti krisis ekonomi pada tahun 70-an berikutan kenaikan harga minyak dunia, kemudiannya kejatuhan harga komoditi pada tahun 1986, krisis kewangan pada tahun 1997 dan kenaikan harga minyak dunia sekali lagi pada tahun ini.

“Sekali pandang, ia nampak seperti dirancang pihak tertentu yang seolah-olah mahu menolak negara kita ke belakang setelah mampu mencapai pelbagai kemajuan dalam tempoh yang singkat iaitu 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Usahawan dan pejabat Tekun Nasional kawasan Parlimen Tasek Gelugor di sini.

“Mungkin secara kebetulan itu berlaku, atau mungkin juga ada ’tangan ghaib’ yang mahu melihat kita gagal dalam usaha membangunkan negara, bangsa dan ekonomi,” tambahnya.

Nor Mohamed berkata setelah dijajah pelbagai bangsa selama 446 tahun, sejak tahun 1511 lagi, kerajaan berjaya mengembalikan maruah negara dan bangsa dengan membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan dalam tempoh 50 tahun sahaja.

Beliau berkata kerajaan mewujudkan pelbagai dasar selepas setiap kali krisis berlaku, antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), perbankan Islam, dasar kewangan, penubuhan agensi seperti Tekun Nasional, MARA dan sebagainya untuk faedah dan manfaat rakyat.

“Malaysia berjaya melalui pelbagai cabaran itu berkat keikhlasan kerajaan dan keyakinan keyakinan rakyat. Tempoh 50 tahun akan datang pasti lebih mencabar. Apapun yang berlaku, kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat selesa walaupun dalam kesusahan,” katanya.— BERNAMA

RAKYAT AKAN MENANG AKHIRNYA

Oleh Pemikir Negara

Sejak Debat Agendadaily.com antara DSAI dan Dato' Ahmad Shabery Cheek diadakan pelbagai ulasan telah dibuat. Ada yang mengatakan DSAI menang dan ada pula yang menyatakan DASC yang berjaya dalam debat itu. Apapun, setiap orang mempunyai pandangan mereka dan yang penting rakyatlah yang akan menang.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus meneliti tujuan sebenar debat itu yang mahu mengetengahkan budaya baru iaitu "berdebat" dan bukannya membawa isu ke demonstrasi jalanan yang merugikan semua orang. Inilah yang perlu dilihat kerana kita tidak mahu DSAI meneruskan lagi amalan berdemonstrasi yang menyusahkan kehidupan rakyat.

Oleh itu, Wira Malaysia menggalakkan pembaca blog ini menghayati skrip DEBAT AGENDADAILY.COM untuk memahami isu sebenar. Kita pun tahu Dato' Ahmad Shaber bukan membuat serangan peribadi tetapi hanya membongkarkan siapa itu ANWAR IBRAHIM yang kini bercakap berdegar-degar tetapi ketika dalam kerajaan tidak mahu melaksanakannya kerana ingin jadi popular.

Thursday, July 24, 2008

DR RAIS JELASKAN KES DSAI KEPADA RICE

SINGAPURA 24 Julai — Amerika Syarikat menghormati susunan dan tatacara undang-undang Malaysia dan tidak menyangkal penerangan yang diberikan mengenai dakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata, beliau hari ini telah menerangkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice mengenai “susunan dan tatacara undang-undang negara yang melibatkan Anwar Ibrahim.”

“Rice tidak menyangkal penyampaian Malaysia itu,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Forum Serantau Asean ke-15 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Rice selama 15 minit di luar forum itu.

Rais berharap “Amerika Syarikat selepas ini, sama ada melalui pegawainya atau mana-mana pihak, tidak lagi mencurigai apa yang terkandung secara dalaman negara Malaysia, dan ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Malaysia.” - BERNAMA.

Wednesday, July 16, 2008

BUKU BERTEMU RUAS DALAM DEBAT

Oleh ATH

Syabas Dato’ Ahmad Shabery Cheek! Sebagai Menteri muda yang baru sahaja 4 bulan dilantik oleh kerajaan, saya angkat topi kerana kesanggupan beliau berdebat,lebih-lebih lagi dengan seorang pemimpin politik yang sangat pandai berlakon dan mengubah skrip lakonannya bertujuan mengelirukan orang ramai.

Malam tadi DSAI telah betul-betul 'bertemu buku dengan ruas'. Penonton telah dapat mengetahui siapa Anwar sebenarnya.

Ini bukannya serangan peribadi seperti yang didakwa oleh penyokong DSAI. Dato' Ahmad Shabery tidak bercerita tentang kesukaan DSAI, baju apa dia pakai, minyak rambut apa yang digunakan dan lain-lain lagi.

Kalau itu dibangkitkan barulah dikatakan serangan peribadi. Sebaliknya, Dato' Ahmad Shabery memberitahu khalayak tentang pendirian dan sikap berdolak-dalih DSAI dalam dasar dan idealisma perjuangannya sejak menjadi pemimpin pelajar Islam hingga menganggotai pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Semua penonton terpukau apabila diberitahu, DSAI telah banyak menyusahkan golongan berpendapatan rendah dan miskin semasa krisis kewangan 1987 dahulu apabila menaikkan kadar faedah bank sehingga 15% dan mengurangkan NPL bank daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Kesannya ribuan rakyat Malaysia menjadi bankrap.

Anehnya malam tadi beliau menggunakan, sebagai helah alasan meringankan beban rakyat akibat penstrukturan semula subsidi bahan bakar dengan mengumumkan penurunan harga minyak petrol sebanyak RM 0.50 sen jika PKR menubuhkan kerajaan.

Persoalannya, kenapa semasa krisis kewangan dahulu, DSAI tidak mengambil langkah untuk menurunkan kadar faedah dan menaikkan NPL daripada 6 bulan kepada 9 bulan atau 12 bulan untuk mengurangkan beban rakyat? Jawapannya jelas kerana semasa krisis 1987, DSAI mengikut telunjuk IMF supaya pihak asing dapat menguasai ekonomi Negara dengan menghulurkan pinjaman atas alasan kononnya mahu membantu ekonomi Negara sedangkan syarat-syaratnya sungguh merugikan rakyat dan Negara.

Kita bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Allah S.W.T dengan memberikan ilham kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menolak resepi IMF itu. Kali ini Negara mungkin bankrap dengan cadangan untuk meningkatkan subsidi petrol sedangkan pemberian subsidi di mana-mana Negara pun di dunia ini tidak merupakan langkah yang bijak dalam memelihara ekonomi Negara untuk jangka masa panjang.

Adakah Negara perlu meminjam kepada ‘Along Antarabangsa’ (IMF) untuk membiayai tanggungan subsidi? Dengan cara ini, tidakkah Negara mudah dikuasai oleh kuasa asing? Apakah ini yang kita semua mahu?

Sebagai rakyat, kita mesti menolak pemimpin yang mengutamakan pendekatan yang popular tetapi tidak bertanggungjawab kerana kesannya kepada negara dan rakyat amat parah dan merugikan.

PEMBOHONGAN DSAI TERUS BERLAKU

Oleh Pemikir Negara

Tiada siapa yang akan kata Dato" Ahmad Shabery Cheek menang dalam Debat malam tadi kecuali keluarga dan kawan terdekat. Tiada siapa yang akan memuji DASC kecuali mereka yang memahami apa yang dilakukan oleh Menteri Penerangan itu.

Hakikatnya, malam tadi DSAI amat pandai menggunakan perkataan yang sudah tentu memikat hati orang ramai terutama ketika membelasah kerajaan dengan mengambarkan apa yang dilakukan ketika ini tidak menguntungkan rakyat miskin. Siapa cakap? Anwar yang cakap. Inilah usaha terbarunya untuk menagih simpati rakyat.

Perkataan yang digunakan oleh DSAI pasti memikat tetapi itulah sebenarnya Anwar Ibrahim yang suka memikat orang untuk menyokongnya. Memikat orang lain untuk tertarik kepadanya sepanjang masa. Apabila orang sudah suka, maka beliau boleh memanipulasikan segala fakta. Yang salah dikatakan betul. Yang tipu diceritakan seolah-olah ia benar-benar berlaku. Inilah kelebihan Anwar Ibrahim.

Wira berpendapat Dato' Ahmad Shabery tidak menang dalam menipu rakyat. Dalam ertikata lain beliau kalah dalam peperangan menipu rakyat. Ini dimenangi oleh DSAI. Tetapi Menteri Penerangan menang dalam menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang dibuat kerajaan untuk rakyat dan negara. Bukan untuk dirinya sendiri.

Anwar boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi inilah caranya untuk memikat orang ramai menyokong matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri. Inilah yang dihajatkan oleh Anwar agar rakyat terus terpengaruh dengan pembohongannya.

Monday, July 14, 2008

HELAH ALIHKAN PERHATIAN TUDUHAN LIWAT

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadikan demonstrasi jalanan yang cuba digerakkannya sebagai helah besar untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes liwat yang membabitkan pemimpin PKR itu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Anwar dan penyokongnya berhenti memperalatkan rakyat yang tidak berdosa bagi memenuhi agenda peribadi beliau.

“Sikap Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan, sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan semata-mata untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di bangunan Parlimen, esok.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang Anwar dan para penyokongnya mengadakan perhimpunan besar-besaran di situ.

Hishammuddin yakin rakyat semakin meluat dan menyampah dengan sikap Anwar yang memualkan.

“Saya menyeru kepadanya...cukuplah dengan semua sandiwara ini,” katanya.

Pemuda UMNO, tegas Hishammuddin, mahu budaya liar asing iaitu demonstrasi jalanan dikekang sebelum ia menular sehingga mencetuskan suasana huru-hara yang menjejaskan ekonomi dan imej negara.

“Pemuda UMNO sepakat dalam perkara ini dan hasil daripada beberapa perbincangan exco-exco mengenainya, kita bersatu padu menggerakkan ahli-ahli di semua peringkat, termasuk di akar umbi, bagi mengekang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) juga memberikan sokongan padu dan bersama-sama Pemuda UMNO dalam mengekang demonstrasi jalanan.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dan kawan-kawan Pemuda komponen BN yang lain. Mereka memberikan sokongan padu dalam hal ini,” katanya.

Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai gerak kerja yang akan dilakukan oleh Pemuda UMNO dan BN bagi menghadapi ancaman demonstrasi jalanan para penyokong Anwar.

Katanya, ia hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO dan BN Pusat yang akan diadakan minggu ini.

Thursday, July 10, 2008

AGENI MOI PERJELASKAN DASAR KERAJAAN


(Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek)

RTM PROFESIONAL SEPANJANG MASA


(Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek)

Wednesday, July 9, 2008

KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMK-9


(Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohd Yakcop)

NAIB CANSELOR IPTA PERLU BERWIBAWA

Oleh Pemikir Negara

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin, berkata kerajaan sentiasa memantau prestasi institusi pengajian tinggi awam agar setanding dengan IPT di luar negara.

Ini termasuk mengadakan penstrukturan semula pentadbiran IPTA serta mempertingkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan menerusi pusat setempat.

Usaha juga dijalankan untuk merapatkan hubungan IPTA dengan sektor industri bagi menggalakkan IPTA membabitkan diri dalam bidang yang boleh dikomersialkan.

Wira berpendapat sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sudah menjadi tugas mereka untuk memastikan IPTA di negara ini dipandang tinggi dan menjadi pilihan utama pelajar dalam serta luar negara.

Oleh itu, pemantauan yang berterusan dan keberanian untuk menstrukturkan pentadbiran yang lemah perlu dilaksanakan segera demi kepentingan negara.

Sesebuah IPTA akan dipandang tinggi jika ia berjaya menyakinkan rakyat dari segi prestasi akademik, penyelidikan dan pembangunan, tenaga pensyarah yang berwibawa dan diterajui oleh naib canselor yang tahu apa yang perlu dibuatnya.

Kita tidak mahu naib canselor IPTA tidak mempunyai halatuju yang jelas dan dipandang rendah oleh masyarakat pendidik serta pelajarnya. Kita juga tidak mahu naib canselor dilantik kerana atas faktor tertentu seperti desakan politik atau faktor lain yang tidak perlu dilayan sama sekali.

Malaysia tidak kekurangan ahli akademik berwibawa yang telah membuat kajian penting di peringkat antarabangsa.

Wira berpendapat pengurusan tertinggi IPTA tidak perlu membuat "window dressing" dengan melantik syarikat perunding untuk menutup kelemahan peneraju mereka di mata masyarakat terutama mereka yang tidak tahu cerita sebenar.

JANGAN PUTAR-BELITKAN ISU YANG BAIK

Oleh Perry

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohd Yakcop, mahu pihak pembangkang tidak ghairah untuk mengambil model luar yang tidak sesuai untuk negara ini terutama dari aspek masyarakat majmuk dan kedudukan ekonomi negara yang semakin berkembang.

Beliau mahu mereka mempelajari kesilapan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu menerima model IMF yang telah mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat negara ini.

Selain itu, kesilapan Anwar itu hampir-hampir menyebabkan negara ini dijajah semula oleh IMF dengan pelbagai peraturan dan syarat-syarat tertentu termasuk menghapuskan subsidi dan tiada lagi hak keistimewaan yang diberikan kepada usahawan Bumiputera.

Beliau mahu pembangkang sedar bahawa negara ini perlu mempunyai dasar dan sistem pengurusan ekonomi yang seimbang bagi memastikan semua pihak terutama golongan majoriti mendapat pembelaan yang terbaik.

TS Nor berkata demikian ketika menjawab soalan MP Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang mahu kerajaan menggunakan model ekonomi Australia dalam pembahagian subsidi di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua berkata kerajaan sudah telah melaksanakan dasar ekonomi yang terbaik untuk rakyat negara ini. Kerajaan tidak mempunyai agenda tertentu seperti sesetengah pihak yang mahu melihat negara ini mengalami keruntuhan.

Beliau juga menegur pihak pembangkang yang memputar-belitkan mengenai dasar pembahagian subsidi dengan membohongi rakyat bahawa kerajaan telah menghapuskan subsidi sama sekali.

Sebenarnya, ia tidak benar kerana kerajaan tetap memberi subsidi dalam bentuk yang berlainan tetapi memberi secara terus kepada golongan yang sepatutnya berhak mendapat subsidi berkenaan. Apakah ini tidak adil?

Wira berpendapat bahawa tidak ada sebab rakyat negara ini perlu mengikut model Australia, sebuah negara yang menjadi pengikut setia Amerika Syarikat. Apakah kita mahu mengikut model itu semata-mata untuk memuaskan hati mereka?

MEMPERKUATKAN KEWANGAN NEGARA

Oleh Anak Malaya

Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yakcop, menjelaskan kerajaan mengambil pendekatan berjimat cermat dalam perbelanjaan pengurusan negara merupakan langkah berjaga-jaga sebagai persiapan memperkuatkan kewangan negara jika dalam tempoh tiga tahun akan datang berlaku keadaan krisis minyak, makanan dan sebagai nya dengan lebih teruk.

Beliau amat kecewa dengan pihak pembangkang hanya pandai membangkang tetapi tidak ada cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara selain semata-mata mendesak kerajaan terus berbelanja besar untuk menanggung sabsidi walau pun kita tahu tindakan itu akan menggugat kewangan negara.

Timbalan Speker menerangkan setiap penjelasan oleh pihak pemerintah merupakan penjelasan yang betul kerana itu adalah pendirian dan pendekatan yang diambil. Manakala pihak pembangkang dinasihatkan supaya bermesyuarat terlebih dahulu sebelum memasuki dewan bagi memperkuatkan cadangan-cadangan yang akan dibawa kerana sekarang boleh dikatakan semua MP pembangkang memberi cadangan dan kesan nya tidak jelas apa pendekatan utama yang dimahukan.

Monday, July 7, 2008

A NECESSARY RECOGNITION

NST'S EDITORIAL : 7/7/2008

AMONG Datuk Ahmad Shabery Cheek's top priorities on becoming information minister was rationalising the role of the "alternative media", which were seen to have played a decisive part in not just the build-up to this year's general election but the continuing socio-political turbulence since then.

To this end, we have seen initiatives to bring "bloggers" in from the cold, so to speak, with a weekly programme on RTM featuring interviews with these independent-minded media mavericks. Yet, it would be in the nature of any maverick worth his free-range existence to consider such accommodation as a capitulation. Graciously inviting celebrity gadflies for tea and a chat amounts to little more than a sideshow and diversion. Far more substantive would be the formal recognition of news websites that have utilised the unfettered licence of the Internet not to shoot their rabble-rousing mouths off or engage in slanderous badinage with the cybermasses, but to demonstrate their conviction, ideals and professionalism in participating in the activity known as "journalism".

There are today Malaysian news, analysis and commentary websites that have cut their teeth and proved their colours. Many are run by bona fide journalists of considerable experience and ability. Some have shown tenacious staying power, and admirable resolve to stick to their principles as news-based concerned observers and not politically driven revolutionaries. Granting them the respect of accreditation would help the best of them do better, by allowing them legitimate access to news makers and events. As with all responsible media, doing their jobs better cannot but be beneficial for the societies they serve.

Just as importantly, however, the accreditation of online journalists will help distinguish those applying sound professional principles to their job from those under the delusion that they are the job. At best, the privateer polemicists of the "blogosphere" may feature among the "talking heads" on whom real reporters report. But they speak purely for themselves.

The hitherto blurry distinction between true pros and mere pundits has been a weakness of the medium, granting specious popularity to frauds and charlatans and demeaning the committed and capable. The loony fringe will always persist -- perhaps the human condition would be diminished without it -- but, as with all other extremist constituencies, it ought to be readily discerned from the main and seen for what it is and no more. Nothing would conduce more to this than acknowledging the maturation of professional online news media, and legitimising their practitioners.
*************************************************************************

Wira : Syabas Dato' Ahmad Shabery Cheek for the recognition.