Tuesday, July 8, 2008

BUKAN SEJUTA, HANYA 8000 SAHAJA

oleh : Pemikir Negara

MP Batu Pahat menimbulkan isu kegiatan PKR di stadium Kelana Jaya dimana rockers telah diundang untuk memeriahkan lagi perhimpunan penyokong-penyokong PKR. Pemerhati tidak faham kenapa rockers tersebut menyanyi lagu `mari nanyi jilat` yang telah menyebabkan kemarahan penyokong PKR dan PAS.

MP Batu Pahat dan MP Muar tidak faham kenapa pihak polis tidak bertindak apabila berlaku kekecohan di dalam stadium. Dewan hangat membincangkan isu kekecohan sehingga MP Batu menyebut peraturan 36 bahawa ahli Dewan tidak boleh bersangka buruk sesama ahli Dewan.

MP Alor Setar (Timbalan Menteri KDN) memberi pandangan bahawa pihak polis hanya bertindak sekiranya berlaku perkara-perkara buruk. Apa yang berlaku dalam Stadium adalah dalam kawalan pihak penganjur.

Wira berpendapat bahawa Dewan membincangkan perkara `Rockers` ini adalah untuk memberitahu penganjur program di Stadium Kelana Jaya itu tidak bijak dan tidak teliti dalam aspek keselamatan. Dewan juga rasa hairan kenapa perkara seperti ini boleh berlaku sehingga kononnya bercita-cita hendak menarik sejuta penyokong. Malangnya niat sempit tidak berhasil kerana dianggarkan lebih kurang 8 ribu sahaja yang datang.

1 comment:

Aspirasi said...

Kalau konsert Jom Heboh haram... inikan pula Konsert 'tunjuk punggung' apa hukumnya.. wahai penyokong PAS!...

Astaghfirullah...