Brader Anwar bin Ibrahim merupakan bekas pelajar MCKK. Pernah dibuli oleh rakan-rakannya disebabkan fizikalnya ketika itu amat kecil berbanding dengan rakan-rakannya. Pernah diberitahu kepada saya oleh rakan-rakan sezaman beliau yang beliau pernah diganggu fizikal malah bukan setakat itu sahaja, beliau juga pernah diganggu dari segi seksual.
Justeru, segala yang dilakukan oleh beliau amat berbeza dengan orang lain yang mempunyai fikiran yang waras contohnya dari segi pakaian.Dahulu semasa beliau memimpin ABIM kononnya berpakaian macam ulama tetapi setelah berkecimpung dalam politik saya nampak pada peringkat awal beliau tidak memakai pakaian ala barat malah ketika itu beliau sering memakai baju yang sering dipakai ketika dalam ABIM dahulu. Setelah 2 penggal berada dalam kerajaan, dengan mudah beliau 'bersalin kulit'.
Setiap hari ke pejabat mengenakan kot dan tali leher. Kot yang dipakai diimport dari Itali begitu juga kerusi di dalam rumahnya yang juga buatan dari Itali. Semasa dalam kerajaan, beliau pernah memakai baju melayu, kain pelikat dan selipar turun ke lapangan khususnya hari Jumaat dan terus membaca khutbah.
Ini berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Beliau berlagak semacam orang yang berilmu pengetahuan agama, malah terus terang saya katakan beliau adalah manusia yang bertopengkan haiwan, menggunakan agama untuk kepentingan agenda perjuangan. Sanggup membelakangkan kepentingan negara dalam apa jua pun demi kepentingan peribadi.
Ini berlaku apabila beliau memberi laluan kepada Al- Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat untuk mengecam dan menghentam negara Malaysia ketika itu. Semasa beliau melawat US, beliau diberi layanan karpet merah oleh US di atas kerjasama nya dengan US untuk melemahkan negara ini, sedangkan karpet merah bukan untuk timbalan Perdana Menteri. Karpet merah sepatutnya diberi kepada Ketua Negara (Yang Dipertuan Agong).
Posted by: Citra Adora
No comments:
Post a Comment