Friday, January 2, 2009

Anwar Ibrahim Pembohong Besar

Oleh: Pemikir Negara

Kini heboh penasihat PKR, DSAI berada di Kedutaan Besar Turki, Kuala Lumpur. Katanya beliau kini takut dan sedang diancam oleh anasir-anasir yang mengugut keselamatan beliau. Beliau melalui wakil-wakilnya, Presiden PKR dan juga Naib Presiden PKR menguar-uarkan bahawa ada cubaan untuk mengenakan beliau.
Pemerhati politik berpendapat bahawa DSAI ini sudah melampaui batas dalam proses pembohongannya. Beliau kelihatan seolah-olah tertekan di samping menghadapi krisis peribadi yang sangat jelek iaitu tuduhan meliwat yang beliau lakukan pada 26 Jun 2008di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
Perbuatan keji ini berulang lagi.Pemerhati berpendapat bahawa beliau ini perlu mendapat nasihat-nasihat oleh pakar-pakar psikologi tempatan. Tindakan untuk menyorok di Kedutaan Turki sangat jelas menunjukkan bahawa beliau cuba lari daripada siasatan polis. Kalau beliau tidak bersalah, jangan lah menyorok atau lari.......Pemerhati juga berpendapat, mungkin DSAI ini selepas membuat kegiatan keji ini mengambil 'turkish bath' di kedutaan tersebut.
Adalah diharap kerajaan Turki fikir habis-habis dan jika minat, ambil sajalah DSAI dan bawa beliau bermastautin di negara Turki sebuah kerajaan sekular yang bersesuaian dengan hati naluri dan selera DSAI.
Posted by: Citra Adora

No comments: