Thursday, January 1, 2009

Tak adil tuduh SPR tidak telus

Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meminta pihak yang terbabit dalam pilihan raya itu supaya tidak mudah menuding jari menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus. Beliau berkata, menuduh SPR ’pejam mata’ berhubung isu pengundi hantu yang dibangkitkan Pas tidak adil kerana sebagai sebuah badan yang bebas, SPR sudah melakukan yang terbaik dalam memastikan setiap pilihan raya yang diadakan, termasuk pilihan raya kecil kali ini, berlangsung dengan baik. “Sekarang ini sudah kedengaran isu pengundi hantu ditimbulkan, mereka harus ingat tak banyak perbezaan senarai pengundi pada pilihan raya umum tahun 1999 bila Pas menang di Terengganu, dan pilihan raya umum 2004 dan 2008 yang dimenangi BN.

“Pengundi yang menangkan Pas pada 1999 adalah pengundi sama yang menangkan BN pada 2004 dan 2008. "Kalau ’pengundi hantu’ yang sebabkan kekalahan Pas pada 2004 dan 2008, maksudnya mereka adalah pengundi hantu sama yang undi untuk Pas bila mereka menang pada 1999,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Payang, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan senarai semakan daftar pemilih yang digunakan SPR pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu mengandungi lebih 70 nama mereka yang berumur lebih 100 tahun, yang dikatakan satu ralat yang disengajakan berlaku oleh SPR bagi memenangkan pihak tertentu.

Mustika: Memang dasar pembangkang.... selain suka membangkang, mereka juga suka menuduh....

No comments: