Friday, January 2, 2009

Sandiwara Hebat Anwar Ibrahim

Oleh: Pemikir Negara

Ketepi...ketepi pelakon terkemuka di negara ini. Ketepi pelakon lelaki di negara ini. Ini kerana Pelakon Lelaki Negara (PLN) sekarang sudah mula ingin berlakon semula. Individu ini Brader Anwar Bin Ibrahim.
Jika dulu, beliau berlakon sebagai seorang yang alim dan kini berlakon sebagai orang yang dianiaya. Kalau dulu beliau dengan beraninya menyampaikan khutbah di masjid dan kini beliau menyorok di kedutaan Turki kerana takut dibunuh.
Wira berpendapat tiada siapa yang mahu membunuh beliau kerana mereka mahu beliau terus hidup untuk berlakon dan terus berlakon. Mereka tentunya seronok untuk melihat PLN untuk terus berlakon untuk meraih simpati daripada rakyat. Mereka juga mahu PLN terus membuat tuduhan agar satu hari ini nanti beliau akan terjerat dengan perangkapnya sendiri. PLN bijak membuat skripnya sendiri.
Jika dulu, beliau menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan beliau akan diracun oleh pihak tertentu jika berada dalam kurungan. Sebenarnya beliau sengaja membuat tuduhan itu untuk menagih simpati daripada rakyat.Apabila rakyat menaruh simpati, mereka pasti akan terpukau dengan rayuan PLN.
Mereka seterusnya akan memberontak apabila jika ada perkara yang mungkin hampir sama dengan tuduhan awal yang dibuat oleh PLN. Inilah dunia PLN yang sentiasa mahu menagih simpati rakyat.
Posted by: Citra Adora

No comments: