Thursday, January 1, 2009

Jangan main lagi isu royalti

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meminta pihak pembangkang supaya tidak lagi membangkitkan isu royalti minyak kerana ia telah selesai dengan persetujuan kerajaan pusat menyerahkan sepenuhnya pengurusan wang tersebut kepada kerajaan negeri. Ahmad berkata isu kerajaan pusat tidak menyerahkan wang royalti sudah tidak timbul kerana Kerajaan Persekutuan sudah menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta untuk kerajaan Terengganu pada 12 Disember lalu. “Saya sedih kerana pembangkang masih mengungkit perkara yang tidak betul dan tidak berasas. Dia masih nak mainkan isu royalti sedangkan kerajaan pusat telahpun menyerahkannya kepada kerajaan negeri, dengan pembayaran pertama terus dari Petronas akan diterima Mac ini,” katanya.
Dipetik dari Beritaharian Online

No comments: