Thursday, January 1, 2009

Babi kini menghantui Pas.

December 31, 2008 by http://www.kpmu.net/

Pas dahulu yang pernah mahu menjadi hero kepada orang Islam kini tidak lagi berani kehadapan mempertahankan hak Melayu dan Islam. Pas kini cukup takut dengan isu babi dan juga kandang babi yang satu ketika dahulu mereka sanggup merangkak ke kandang babi untuk mengintai kandang berkenaan bagi dijadikan bahan politik.

Kini Kerana ketakutan berkenaan, Pas menjadi malu untuk menerima memorundum yang mahu dihantar oleh NGO Melayu bagi membantah campur tangan pemimpin tertinggi PAS dan PKR dalam pembiakkan babi. Kini babi pula yang menghantui kepimpinan Melayu Pakatan Rakyat ( Pakatan Haram yang belum lagi tertubuh walaupun mereka memanggil diri mereka sebagai gabungan Pakatan Rakyat).

Hari ini pemimpin Pas yang dipaksa menerima memorundum berkenaan hanya berjanji untuk meneliti memorundum berkenaan. Apakah mereka tidak pernah meneliti isu ini ketika mereka membantah dan mengambil babi sebagai isu politik mereka dahulu ketika menentang kerajaan BN mebiak ladang ternakan babi dahulu. Apakah dahulu mereka hanya memprotes membabi buta dan tidak pernah meneliti isu babi ini kerana hari ini mereka baru mahu menelitinya.

Seharusnya mereka lebih arif dengan memorundum berkenaan kerana mereka telah melalui zaman mebantah pertenakan babi ini. Mereka sepatutnya lebih arif dengan hasrat NGO Melayu yang membawa isu babi ini. Apakah Pas mahu mengahalakan apa yang pernah mereka haramkan dahulu atau Pas kini tunduk kepada parti DAP yang menentang perjuangan yang berlandaskan Islam dengan secara terang-terangan.

Petikan dari Utusan

No comments: