Oleh Pemerhati Politik
Beberapa pemimpin PKR termasuk yang bergelar Yang Berhormat dikatakan akan menyertai PAS kerana tidak mahu terbabit dalam episod laporan polis liwat terhadap penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Mereka dikatakan sudah berjumpa dengan beberapa pemimpin PAS untuk mencari jalan terbaik bagaimana mereka boleh menyertai parti Islam yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar mengheret Malaysia ke muka dunia. Mereka berpendapat tindakan itu sebagai usaha memalukan negara kerana kepentingan peribadi.
Mereka juga dikatakan bersetuju dengan pandangan berani Ketua Pemuda PAS, YB Mohd Sallehuddin Ayub, yang tidak mahu Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan Malaysia apatah lagi ia hanya membabitkan seorang individu yang didakwa melihat. Sikap Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dipuji kerana berani berkata benar dan tidak mahu membiarkan maruah negara tercemar. Malaysia tidak harus dijadikan boneka Amerika.
Bagi pemimpin PKR ini termasuk yang bergelar YB, tindakan meliwat ini amat dikutuk oleh agama dan sesiapa yang terbabit tidak layak menjadi pemimpin mereka. Mungkin, kaum lain seperti Cina atau India dalam PKR tidak kisah dengan tabiat meliwat itu tetapi bagi penganut Islam ia adalah perbuatan terkutuk.
Pemimpin PKR juga kini secara terang-terang berbincang sesama mereka mengenai laporan liwat itu. Walaupun ada juga yang tidak percaya dan menganggapnya satu tindakan pihak lawan, tetapi mereka juga tidak menolak kemungkinan ia berlaku kerana tabiat buruk ini kadangkala sukar diubati.
Pemimpin PKR yang pernah tinggal di asrama penuh terutama Kolej Melayu Kuala Kangsar amat memahami tabiat seperti ini yang berputik sejak hubungan senior dan junior. Malah senior dikatakan sentiasa "membela" junior yang jambu untuk dijadikan rakan sepelajaran terutama dalam mentelaah pelajaran di waktu malam.
Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment