Thursday, July 3, 2008
ANTARA BARUA DAN KATAK
Oleh Pemikir Negara
Pertikaman lidah antara MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan geng anak beranak, Karpal Singh dan anaknya, memaparkan hasrat untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Kelas Pertama hancur lebur seperti kaca dihempaskan ke batu.
Ini kerana perkataan seperti yang kurang manis terus dilemparkan dalam dewan yang seringkali disebut "dewan yang mulia" tetapi penghuni di dalam, rupa-rupanya tidak mulia dan sanggup mengeluarkan perkataan-perkatan yang amat memalukan.
Wira berpendapat mungkin panggilan itu dilemparkan kerana bertujuan untuk menyakitkan hati antara satu sama lain tetapi ia sebenarnya telah mencemarkan "dewan yang mulia" dengan gelagat kebudak-budakkan.
Wira bukan hendak mempertahankan Datuk Ibrahim kerana menyedari perangainya sebegitu sejak dulu lagi yang suka membengkeng terhadap apa yang dihujjahkan oleh orang lain. Tetapi yang menghairankan ialah Karpal Singh, peguam dan ahli parlimen veteran yang terbabit dalam kemelut pergaduhan "kanak-kanak tadika" yang amat memalukan.
Ahli Parlimen seperti ini sebenarnya perlu diberikan kursus etika atau sopan santun bagi membersihkan diri mereka daripada gejala untuk mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh dalam dewan. Ia juga contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak sekolah yang datang untuk melihat gelagat Ahli Parlimen mereka.
Mereka datang untuk belajar. Tetapi pulang dengan rasa sedih dan malu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment