Tuesday, July 1, 2008

TAHNIAH HALIMAH

oleh : Tulip Desa

MP Tenggara mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dengan sikapnya yang tenang, bersedia dan cukup bersabar dalam membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 dan berserah kepada keadaan semasa yang dilihat semakin membimbangkan. Menurut MP Tenggara,YAB Perdana Menteri boleh membuat keputusan berdasarkan pendekatan mengikut sesedap rasa atau mengikut kehendak semasa. Tetapi untuk tidak menjadi popular, beliau memilih kepada memenuhi kehendak dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Dilihat Kajian Separuh Penggal di buat dengan penuh teliti. MP Tenggar berpandangan untuk merealisasikan pembasmian kemiskinan memerlukan langkah berani Kerajaan memecahkan tembok kementerian dan agensi yang dibelenggu dengan masalah birokrasi.

Beliau turut mencadangkan agar satu agensi pemantauan diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berperanan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan RMK-9. Beliau turut berharap agar Projek Lebuhraya Segamat-Tangkak berjaya dilaksanakan bagi kemudahan rakyat Johor.

No comments: