Oleh Pengundi Atas Pagar
Saya bukan suka sangat dengan orang berkempen. Adakalanya cakap kosong. Kadangkala berucap berapi-api tetapi isi kosong. Tipu orang kampung.
Petang semalam, kawan ajak ke Kubang Semang. Dengar ceramah katanya. Ikut saja untuk dengar cakap dia orang. Mula-mula sedikit dan kemudian bertambah ramai.
Ramai bercakap tapi yang saya rasa paling bodoh ialah Khalid Ibrahim. Mengapakah PKR pilih orang macam tu. Cakap tak betul dan membohong pula kepada penduduk kampung.
Dia kata tak pernah cakap nak buka 10 peratus. Cuma dibuat-buat oleh wartawan. Katanya begitu. Tapi kemudian dia kata apa salahnya buka. Kan elok untuk buat Melayu bersaing. Kemudian dia cakap dulu kerajaan yang cadang buka UITM. Apa cakap kosong khalid ni.
Kemudian Khalid hina pula naib canselor UITM kata PHDnya tidak bagus. Dia kata ramai pula orang yang lebih layak. Khalid macam berdendam dengan BrahimShah kerana pelajar UITM keluar ramai-ramai tolak cadangan MB bodoh tu.
PKR jika hendak ajak orang atas pagar pilih calon kamu, pilihlah penceramah yang baik, bukan macam si Khalid tu. Lepas tu, cerita pasai Maldives pulak. Pening kepala saya.
Saya cabut dululah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment