Sunday, August 24, 2008

UTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA

Oleh Pemikir Negara

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, meminta pengundi Permatang Pauh mengutamakan kepentingan agama dan bangsa dalam membuat undi pada 26 Ogos ini.

Menurutnya, perkara utama yang perlu difikirkan ialah usaha memperjuangkan agama yang ketika ini "sedang dipermain-mainkan" oleh pihak tertentu kerana tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membela mereka.

Katanya, orang lain berani mempermainkan bangsa Melayu kerana mereka tahu ada pemimpin Melayu yang bernama Anwar Ibrahim yang menyokong mereka demi kerana cita-cita politik untuk menjadi Perdana Menteri.

"Jangan gadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk mencapai impian peribadi. Hormatilah apa yang dilakukan oleh pengasas bangsa untuk memastikan Malaysia ini aman dan stabil. Apa yang Anwar lakukan ialah menghina pengasas bangsa.

"Apa jenis orang seperti ini yang tidak mementingkan negara? Jangan robohkan apa yang dibina sekarang. Jangan kerana ingin mendapat kuasa kita sanggup menghina pengasas bangsa. Negara lain pun tidak berbuat demikian.

"Apakah orang seperti ini yang kita mahu pilih. Saya sudah lama dengan beliau dan tahu apa yang ingin beliau mahu. Hanya untuk dirinya saja." katanya dalam ceramah di Taman Pauh, dua hari lalu.

No comments: