Wednesday, August 20, 2008

GUS DUR – AMIEN RAIS – ANWAR IBRAHIM PROKSI WASHINGTON DAN MOSSAD. AWAS……..MEREKA MENGHINA DAN MENIPU ISLAM DI INDONESIA DAN MALAYSIA

Oleh: Pemikir Negara

Beberapa hari yang sudah seorang personaliti yang merupakan seorang bekas pemimpin sebuah Negara yang mempunyai gugusan 17,000 buah pulau telah datang ke Kuala Lumpur atas undangan pembangkang. Beliau tiba dengan beberapa penasihat ahli-ahli partinya untuk bersama-sama membantu teman sebantalnya yang bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

Orang yang dimaksudkan ialah Gus Dur Abdul Rahman, mantan Presiden Republik Indonesia yang kini sudahpun pensiun tetapi sibuk mengepalai kumpulannya.

Gus Dur merupakan seorang pemimpin yang problematic kerana beliau tidak dapat melihat tetapi dilantik menjadi Ketua Negara kerana tiada alternatif lain di Indonesia ketika itu. Bayangkan Indonesia yang mempunyai penduduk melebihi 200 juta orang tidak mempunyai pemimpin celik untuk memimpin Indonesia. Ini satu keanehan yang tidak masuk akal pemerhati-pemerhati politik dunia.

Kita perlu awas bahawa Gus Dur bersekongkol bersama Anwar Ibrahim. Mereka berdua ini sama iaitu mudah menghalalkan perkara-perkara negatif dengan cara pemutaran. Apabila Gus Dur menjadi Bapak Presiden Indonesia yang kaya raya itu beliau menjadikan agenda melawat semua Negara di dunia ini sebagai agenda utamanya. Selesai tempoh presidennya beliau sahaja telah menggunakan lebih dari USD 174 million bersantai ke seluruh Pelusuk dunia ini. Beliau membohongi rakyat Indonesia bahawa misinya adalah untuk mententeramkan pergolakan dunia yang diilhamkan oleh dirinya sendiri. Rakyat Indonesia bangkit mengkritik misi beliau itu sebagai satu pembaziran Negara.

Gus Dur juga cuba menjadi hero dalam menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Beliau berbaik-baik dengan zionis Tel Aviv dan telah mengundang pemimpin zionis Israel untuk datang ke Jakarta. Apakah hasilnya? Tiada, kerana keganasan Israel di palestin terus meningkat..

Beliau juga berbaik-baik dengan Amerika Syarikat dan pemimpin-pemimpinnya termasuklah Paul Wolfowitz, Ketua Bank Dunia ketika itu. Indonesia memanglah lama rapat dengan Amerika Syarikat kerana Washington mengkagumi gugusan Pulau ini yang dianggap strategik dan diduduki oleh majoriti penduduk-penduduk Islam. Tetapi Gus Dur melampaui hubungan apabila berbaik-baik dengan Paul Wolfowitz seorang Yahudi Amerika yang mengepalai agenda sulit Amerika untuk memiliki dan minda rakyat Indonesia.

Gus Dur tiada banyak membawa perubahan kepada rakyat Indonesia baik sebagai Presiden ataupun Ulamak. Beliau banyak membebel dan menggunakan imaginasi sebagai Presiden. Beliau beranggapan segala arahan yang dibuat adalah datangnya dari langit. Rakyat Indonesia mudah mempercayai dongeng Gus Dur dan sentiasa bersikap berserah kepada Yang Maha Esa walaupun perut majoriti rakyat kosong dan anak-anak tidak mendapat pelajaran asas.


Di Malaysia orang yang menepati karektor dan minda penuh khayalan Gus Dur adalah Anwar Ibrahim. Gus Dur dan Amien Rais (juga konco Amerika Syarikat dan CIA) adalah dua manusia yang opportunist meraih populariti masing-masing dengan bantuan Washington, Israel dan Singapura yang menjadi tapak badan perisikan Tel Aviv, MOSSAD, bertapak. Badan perisikan ini juga terdapat di Yangon, Bangkok, Manila di dalam ASEAN.MOSSAD. tiada dapat bertapak di Kuala Lumpur kerana Malaysia tidak mengiktiraf entiti Israel seperti juga Arab Saudi.

Anwar Ibrahim melalui rangkaian iaitu Gus Dur dan Amien Rais cuba mengepalai misi sulit Amerika untuk Washington “remote-control” Jakarta dan Kuala Lumpur.

Pemerhati politik antarabangsa berpendapat bahawa tripartite Gus Dur- Amien Rais-Anwar Ibrahim membahayakan kedaulatan Indonesia dan Malaysia. Eloklah Pak Presiden S. Yudhoyono meminta Gus Dur dan Amien Rais bertenang dan tidak masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia yang sentiasa menghargai hubungannya dengan Jakarta.

Wisma Putra perlu prihatin dan ambil berat terhadap sikap pemimpin-pemimpin politik Indonesia menyibuk dalam Pilihan Raya kecil Permatang Pauh. Ketiga-tiga orang ini adalah proksi Washington dan ini perlu didedahkan supaya rakyat Malaysia dan Indonesia tidak tertipu oleh puak anti Islam dan pro zionis.

No comments: